3 tahun menyimpan, penjual martabak berjaya bayar deposit rumah guna duit syiling

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan senang nak konsisten dalam menyediakan wang simpanan, tambah-tambah lagi untuk beli rumah atau kereta.

Tetapi jika berterusan menyimpan tanpa menyerah kalah maka pastinya impian tersebut akan tercapai biarpun ia mengambil masa agak lama.

Seorang pengguna TikTok, @dianajlndr tampil menunjukkan seorang pembeli yang membayar deposit rumah dengan duit syiling yang disimpan selama tiga tahun.

Dalam video tersebut dilihat ada empat botol minuman bersaiz besar digunakan untuk menyimpan duit syiling.

Penjual martabak itu dikatakan gigih menabung setiap hari hasil jualan makannya untuk diasingkan buat membeli rumah bagi keselesaan keluarga.

Jumlah syiling tersebut mencecah 46 juta rupiah (RM13,535), lebih daripada cukup untuk membayar deposit pembelian rumah berkenaan.

@dianajlndr

Nih gaisss yg punya tabungan uang koin 🔥🤩 @MT TERBUL 777 LAKALAKA @Jaya Tentram Makmur Bersaudara #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #perumahansubsidi #perumahanbanyuwangi #perumahanbanyuwangikota

♬ suara asli – Dianajlndr – Dianajlndr

Rata-rata netizen memuji kegigihan lelaki tersebut dan menyokong tindakan ejen penjual rumah yang tidak kisah pembayaran dilakukan menggunakan duit syiling.

“Selalunya orang pandang remeh dengan duit syiling, lelaki ini berjaya buktikan dengan usaha pastinya impian untuk beli rumah boleh tercapai.

“Biasanya orang tak kumpul duit syiling sebab rasa renyah, berat tapi tengoklah bila dia berjaya beli rumah ni rasa macam nak kumpul duit syiling juga,” antara komen netizen.

Nak menabung ni kena ada azam yang tinggi, kalau tidak, kumpul sedikit pun boleh habis beli barang bukan keperluan.

Baca juga: Patutlah sambal bilis cili api tak rangup, rupanya tak boleh tambah bawang jenis ini!