Tular dakwaan mengenai pelakon Singapura yang dikatakan sudah bercerai setahun yang lalu namun memilih untuk mendiamkan diri.
Pelakon, Hisyam Hamid memaklumkan dia masih belum bersedia untuk mengulas dakwaan dirinya sudah bercerai sejak setahun lalu lapor Harian Metro.
Hisyam yang berkahwin dengan isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel pada 2006 menganggap setiap perkahwinan akan berdepan masalah, sama ada kecil atau besar.
“Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini.
“Saya akan beri kenyataan bila sampai masanya kerana banyak faktor penting yang perlu diambil kira terutama untuk menjaga hati dan perasaan anak-anak,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Isteri masih pengurus
Menjawab persoalan mengenai hubungannya dan isteri, Hisyam memaklumkan Mel masih menguruskan kerjaya seninya.
“Hubungan kami sampai sekarang okay dan Mel masih menjadi pengurus saya. Kami juga keluar bersama dengan anak-anak pada Aidilfitri, baru-baru ini.
“Cuma ada perkara yang ‘personal’ (peribadi) yang saya belum boleh komen lagi,” katanya.
Terkejut dengar spekulasi
Pada masa sama, Pelakon berusia 38 tahun akui terkejut dengan spekulasi mengenai rumah tangganya yang dikatakan berantakan sejak setahun lalu.
“Saya faham sebagai ‘public figure’ semua orang nak tahu mengenai perkara itu (isu rumah tangga). Saya tak terkejut pun sebab perkara itu sudah lama diperkatakan.
“Saya faham ramai peminat yang sering bertanya mengenai perkara itu dan ramai juga yang turut mendoakan (rumah tangga) kami.
“Siapa yang faham, fahamlah. Saya juga sangat berterima kasih dengan rakan wartawan yang menghormati dan memahami dalam hal ini,” tambahnya.
Baca juga: Mangsa pokok tumbang kongsi rakaman ‘dashcam’ detik-detik pokok tua hancurkan kereta