Masih berbaki tiga tahun lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berlangsung, dan pastinya setiap parti yakin akan menang.
Dapat dilihat banyak perkata positif berlaku dan rakyat menerima bantuan daripada Kerajaan Madani.
Namun peratusan kebencian disebarkan juga tinggi berlaku terutama dalam kalangan penyokong politik parti masing-masing.
Memetik Sinar Harian, Perikatan Nasional (PN) masih belum mempunyai calon Perdana Menteri jika parti tersebut menang PRU16.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
“Isu (calon PN) ini tidak berbangkit, PRU16 masih lambat lagi. Buat masa ini kita tumpu agenda perkasakan PN dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
“Tidak perlu timbul polemik perkara yang tidak pasti. Semua parti mesti ada tokoh (Perdana Menteri), namun PN akan membuat keputusan bila sampai masanya nanti.
“Seperti PN setuju lantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO, demi kepentingan negara pada masa itu,” katanya seperti dipetik sinar harian.
PRU15 menjadi detik genting buat rakyat Malaysia apabila hampir seminggu rakyat terpaksa menunggu keputusan yang akhrinya melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Baca juga: Rosmah disaman 11 syarikat termasuk 1MDB, tuntut kembali barangan mewah RM1.6 bilion