Rupanya sepupu kerabat Diraja Perak yang menikah, Raja Azura iringi rombongan hantaran

Oleh WAN SITI AMINAH

Dunia hiburan semalam dikejutkan dengan khabar mendakwa pelakon, Raja Azura menamatkan zaman bujang selepas 14 tahun bergelar ibu tunggal.

Namun dakwaan tersebut ‘dipatahkan’ dengan satu hantaran di TikTok oleh seorang pemuda dipercayai kerabat Diraja Negeri Perak dikenali sebagai Syed Saif Alsagoff.

Dalam ruangan kapsyen, Syed Saif Alsagoff memaklumkan acara yang berlangsung di Royal Perak Golf Club, Ipoh, Perak itu merupakan majlis pernikahan sepupunya.

Saif difahamkan merupakan sepupu kepada pengantin lelaki yang turut mempunyai pertalian keluarga dengan pemilik nama penuh Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin itu.

“Tahniah sepupu, Semoga Allah merahmati anda berdua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen video yang kini telah meraih hampir setengah juta tontonan di laman TikTok.

@saifalsagoff

Congratulations cousin! May Allah bless you both. #akadnikah #ariezdiana

♬ Bunga Rampai – Zaleha Hamid

Berdasarkan video dikongsi oleh Saif, Raja Azura turut kelihatan sedang berjalan di hadapan untuk mengiringi rombongan yang membawa beberapa dulang hantaran.

Rombongan berkenaan kemudian disusuli oleh kedua mempelai yang berjalan masuk ke dalam dewan tersebut sebelum majlis akad nikah mereka berdua dilangsungkan.

Difahamkan, Raja Azura juga merupakan salah seorang kerabat Diraja Negeri Perak.

Raja Azura sebelum ini telah memuat naik satu hantaran yang menimbulkan tanda tanya sehinggakan ramai menyangka pelakon itu kembali mendirikan rumah tangga.

Pelakon yang mesra disapa Kak Engku turut menulis kapsyen di Instagram seolah-oleh memberi gambaran bahawa acara tersebut merupakan majlis pernikahannya.

“Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah. Kepada yang selalu mendoakan, dari dia bersendirian kini telah berdua,” tulis pelakon drama bersiri Iskandar Chempaka itu.

Sekadar info, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga dengan Adzmin Osman pada Mac 2001 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada September 2010.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura yang kini berusia 19 tahun.

Baca juga: PN belum bincang siapa jadi PM kalau menang PRU16, mahu fokus PRK Kuala Kubu Baharu