“Isteri aku berhenti waktu sama dengan ‘company’ potong gaji aku separuh, sakit betul rasanya…”

Oleh MAISARAH AISYA

Kehidupan bujang dan berkahwin pastinya berbeza, bukan sahaja bertambah mulut untuk disuap malah tanggungjawab juga semakin banyak.

Walau bagaimanapun, setiap pasangan perlu memahami faktor ekonomi agar tidak sewenangnya menghabiskan duit untuk perkara bukan keperluan.

Seorang lelaki tidak tahu bagaimana cara untuk menegur isteri yang suka membeli barang bukan keperluan ditambah pula dengan situasinya hanya menerima separuh gaji.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Aku sebelum kahwin gaji besar, kadang nak rasa susah tu jarang sangat tapi bila dah kahwin ni tak pernah senang, serba serbi tak cukup.

Kerja yang dulu gaji besar dah lingkup, kereta dah tak mampu bayar terpaksa bagi orang sambung bayar, motor dengan rumah pun sangkut kadang-kadang.

Isteri pula belanja tak ingat dunia, bila tegur muncungnya panjang kalau cekup pakai tangan ada lebih lagi.

Ni anak dah nak muncul gaji kerja baru aku kena potong separuh atas dasar tak mampu bayar kata bos jualan kurang mendadak, nak mengadu tak boleh sebab hitam putih tak ada.

Asyik tertangguh je bila minta surat sah bekerja dekat setahun juga, silap sendiri dan dalam pada masa yang sama isteri berhenti kerja mengejut kata dia tak larat.

Mengandung anak pertama, aku lelaki jadi tak faham orang perempuan yang berbadan dua ni, tak boleh nak kata apa. Alhamdulillah rezeki dapat kembar.

Aku ni jenis keras, tak ada nak tunjuk rasa sedih pun tapi masa dapat berita gaji kena potong dengan isteri berhenti kerja sekali harung dalam satu hari aku jadi sakit kepala.

Aku berhenti tepi jalan menangis sampai ada polis berhenti belakang aku mungkin nak cakap tak boleh berhenti sini.

Nak saman mulanya tapi tak jadi nak saman sebab tengok aku mata berkaca. Lagi dia tanya kenapa lagilah keluar air mata aku dah kena pinjam bahu terus dia bagi rokok sebatang nak kasi aku bertenang.

Dalam kepala nak berhenti merokok dah ni, bayangkan aku rasa tak mampu nak beli rokok dah sebab bayar itu ini tinggal RM200 je kat tangan untuk duit jajan isteri.

Isteri pula jenis scroll FAcebook, Instagram, TikTok pastu bagitau aku teringin nak makan itu ini. Lagi kan berbadan dua ni aku paham orang cakap mengidam.

Jarang aku tak belikan sebab dah terbiasa belikan cuma sekarang lah ada yang dapat ada yang tak dapat. Nak buat macam mana kan, ukur baju di badan sendiri.

Kami nikah atas dasar orang tua yang kenalkan kasi jadi. Kenal pun tak lama terus nikah, time tu gaji aku sikit-sikit pun RM5k dalam tangan.

Jadi cukup banyak dah tu bagi aku siap dapat simpan lagi. Tu yang isteri minta semua dapat, sekadar meluah perasaan aku tau ramai lagi yang lagi susah kat luar tu.

Baca juga: “Aku ni RM1k gaji habis kat diri sendiri setiap bulan, bila suami suruh berhenti kerja, aku…”