Memang benar ramai yang berjumpa jodoh dalam aplikasi ‘dating’ atas talian namun banyak juga menggunakan ia unuk penuhi nafsu semata.
Walau sesayang mana sekalipun kita terhadap seseorang, jangan pernah beri tubuh selagi belum halal hubungan.
Seorang janda anak lima, Marlia (bukan nama sebenar) tak menyangka kisah cinta bersama lelaki lapan tahun lebih mudah akhirnya bawa padah.
Saya Marlia, berumur 35 tahun dan status ibu tunggal. Saya telah bercerai selama 5 tahun dan anak-anak tinggal bersama bekas suami.
Selama lima tahun saya bercerai tidak pernah merasa untuk mencari pengganti kerana saya rasa saya sudah ada kerjaya, kereta dan rumah. Ada anak-anak walaupun jauh dimata.
Sehinggalah terdetik untuk muat turun aplikasi ‘dating’ memandangkan usia semakin meningkat dan saya memerlukan teman sehidup semati.
Memandangkan saya tidak ramai kawan lelaki dan circle yang kecil, maka saya mencuba dating apps.
Berkenalan dengan lelaki muda
Doa saya semoga saya bertemu jodoh tahun ini dan dipertemukan dengan yang baik. Dalam dating apps saya kenal seseorang bernama Ariffin, muda daripada saya lapan tahun.
Kami bersetuju untuk keluar dan dari situ kami serasi dan dia juga mengatakan rasa serasi dan sekepala walaupun jarak usia.
Kami terus berhubung dan sehinggalah kami mengikut hawa nafsu dan terlanjur.
Hasil nya saya mengandung dan saya mengambil keputusan untuk gugurkan walaupun dia menyatakan hasrat untuk berkahwin.
Setelah itu dia menyatakan dia perlu berpindah ke rumah keluarganya di seremban dan berulang kerja di putrajaya.
Bermula dari sini kami jarang berjumpa dan dia sering lambat berbalas WhatsApp dan sering hilang.
Mula syak status diri
Saya sedikit demi sedikit merasakan bahawa dia sebenarnya suami orang dan banyak kali bertanya padanya sekiranya dia suami orang dan dia menidakkan.
Saya pernah bermimpi dia curang dan dia mengatakan saya berfikir banyak. Setiap kali berjumpa setiap kali itu kami terlanjur.
Sehinggalah dia kata ini pertemuan terakhir dan dia nak lepaskan saya sebab katanya dia menyuarakan hasrat pada ibunya tentang saya tapi ibunya menentang. Maka saya terima.
Sebulan saya tidak berhubung dengan nya, tiba-tiba saya merasakan tidak selesa dan period terlewat.
Maka saya membuat UPT dan ternyata saya mengandung lagi. Saya terduduk dan tidak tahu nak buat apa. Bila saya WhatsApp dia, dia membalas dan terkejut.
Dia menyatakan tidak boleh bertanggungjawab dan ada dengan saya. Saya kecewa dan marah.
Suatu hari Allah nak tunjukkan setelah saya melakukan solat taubat, tahajud dan solat hajat.
Rupanya dah kahwin dan ada anak
Saya berjaya menemui Facebooknya dan ternyata dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.
Hancur remuk hati saya kerana ditipu. Saya merasakan diri saya sangat jahat kerana melakukan perkara tersebut terhadap isteri dan anak nya.
Sungguh saya tidak tahu dia sudah berkahwin. Saya juga tertipu. Saya menghubungi nya dan mengugut untuk memberitahu isterinya tentang hal ini jika dia tidak mahu berbincang.
Tapi ya, buntu. Saya tidak mahu menggugurkan kerana cukuplah dosa saya. Dia kata dia tak dapat berkahwin senyap-senyap dengan saya kerana dia tidak mahu isterinya tahu.
Akhirnya setelah berbincang, maka saya ambil keputusan untuk teruskan kandungan.
Walaupun saya terpaksa korbankan karier 10 tahun saya, tidak dapat berjumpa anak-anak dan keluarga saya.
Biar dia teruskan gembira dengan keluarganya. Dan saya serahkan segala urusan perbuatannya pada saya pada Allah.
Cukup sekadar saya pulihkan hati dengan memaafkan dan kembali bertaubat. Dan saya reda. Jika saya jahat, pasti saya merebut dia daripada isterinya.
Kerana dia menghancurkan hidup saya. Saya juga tergerak untuk memberitahu isterinya, tapi saya fikir kan anaknya yang memerlukan kasih dan sayang ibu dan ayahnya.
Pilih untuk diamkan diri
Saya mempunyai segala bukti kukuh yang boleh meruntuhkan rumah tangga nya. Tetapi saya diam dan menanggung semua nya. Tak apa.
Nanti penyesalannya akan datang kemudian. Kifarah Allah itu ada.
Baca juga: “Isteri aku berhenti waktu sama dengan ‘company’ potong gaji aku separuh, sakit betul rasanya…”