Biarkan murid duduk atas lantai hampir setahun, Dr Akmal tempelak JAIM buat kerja lambat sangat

Oleh MAISARAH AISYA

Ibu bapa mana yang selesa apabila melihat anak-anak belajar di atas lantai sedangkan bajet untuk tambah baik prasarana sudah ada.

Tampil selepas mendapat aduan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhammad Akmal Saleh membidas amalan birokrasi yang dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Amalan tersebut menjadi punca 34 murid sebuah sekolah agama di sini terpaksa belajar di atas lantai sejak setahun lalu.

Lebih mengejutkan kemudahan tersebut telah mendapat kelulusan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka sejak Disember tahun lalu.

Dr Akmal tampil mempersoal individu yang dipercayai Ustaz JAIM berhubung isu tersebut menerusi satu hantaran di TikTok.

“Tak mungkin peruntukan sudah masuk bulan 12, perlu masa sampai lima bulan. Ustazah kata dari tahun lepas dah mohon.

“Saya faham tapi bila tengok bajet dah sampai hujung tahun lepas lagi, lima bulan, ustaz buat apa sampai lima bulan.

Sudahlah jawab sambil lewa, ustaz JAIM itu menyalahkan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka kerana lambat menguruskan perkara itu.

Tidak tahu siapa punca, beliau segera menghubungi Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh yang menafikan punca datang daripada mereka kerana sudah meluluskan peruntukan yang diperlukan.

“Sebab birokrasi JAIM ini yang saya rasa melambatkan kerja (dan) kalau nak kerja buat cara nak kerja, ustaz jangan sambil lewa kerana kita ini berkhidmat untuk rakyat.

“Kalau tidak, saya bawa dalam Mesyuarat Exco, kita rombak semua JAIM lagi senang,” tambahnya.

Bila ditanya lagi berapa banyak masa diperlukan, individu tersebut menjawab tiga bulan menyebabkan jumlah masa untuk 34 meja kerusi adalah selama lapan bulan.

Simpati akan nasib anak-anak, beliau memaklumkan akan membeli kemudahan tersebut minggu hadapan.

@drakmalsaleh

Tidak boleh saya terima apabila anak2 kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja & kerusi Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya #drakmalsaleh

♬ The Champion – Lux-Inspira

Baca juga: Motosikal musnah akibat kebakaran, Anwar hulur sumbangan kepada pelajar UniMAP