Dr Akmal selesai isu dalam masa 24 jam, netizen perli mana hilang ‘ustaz JAIM’

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang gagal menyediakan keperluan untuk menambah baik prasarana meskipun menerima peruntukan akhir tahun lalu.

Disebabkan isu tersebut, anak-anak pelajar terpaksa duduk di atas lantai dan menunggu hampir setengah tahun untuk meja dan kerusi tiba.

Menerima aduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr. Akmal Saleh berjaya menyelesaikan isu tersebut dalam masa 24 jam.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi akaun TikTok rasminya.

Dr Akmal dilihat menyediakan 36 kerusi dan meja buat kelas tersebut serta memaklumkan bahawa masa yang diambil tidak perlu sampai lapan bulan.

“Alhamdulillah, meja dan kerusi anak-anak selesai dalam (tempoh) 24 jam. Tak perlu tunggu lapan bulan melayan birokrasi yang melampau.

“Semoga anak-anak kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

Pada masa sama Akmal memaklumkan bantuan berkenaan merupakan keperluan yang mendesak bagi mewujudkan persekitaran yang baik untuk pelajar.

“Jadikan ini, isytihar aset sahaja. Kalau lagi tiga bulan dapat (kerusi dan meja) pandailah ustazah masukkan ke kelas baru yang lain,” tambahnya.

@drakmalsaleh

Alhamdulilah meja dan kerusi anak2 selesai dalam 24 jam Tidak perlu tunggu 8 bulan melayan birokrasi yang melampau Moga anak2 kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa #drakmalsaleh #yangberkhidmat

♬ A Warrior – Lux-Inspira

Rata-rata netizen gembira dengan wakil rakyat yang peka malah memerli individu yang mengambil masa terlalu lama untuk menyempurnakan tugas.

“Ustaz JAIM tu boleh lihat video ni, ini yang dinamakan amanah dan tanggungjawab dalam berkhidmar. Tak boleh jalankan tugas, sila letak jawatan.

“Bila tengok kes ni baru tahu macam mana duit peruntukan disalurkan, kepada siapa sampai dahulu sebelum sampai sekolah,” komen netizen.

“KAFA saya pernah macam ini, ustazah mengadu tak cukup kerusi, meja dan kipas. Bila minta orang atasan punyalah lambat.

“Saya buka sumbangan untuk saham akhirat, dalam masa dua minggu selesai,” tambah pengguna TikTok.

Baca juga: Biarkan murid duduk atas lantai hampir setahun, Dr Akmal tempelak JAIM buat kerja lambat sangat