Peniaga rugi lebih RM500 ditipu ‘wakil’ pejabat daerah, menghilang lepas tempah 100 bungkus nasi ayam

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemilik perniagaan katering kerugian kira-kira RM584.37 selepas ditipu seorang lelaki yang membuat tempahan 100 bungkus nasi ayam.

Lapor laman berita Detik kelmarin, individu itu yang mendakwa dirinya wakil Pejabat Daerah Pancoran di Jakarta, membuat tempahan sebanyak 45 bungkus nasi ayam sebelum menambah kuantiti menjadi 100 bungkus.

Dia kemudian menghilangkan diri ketika peniaga berkenaan meminta untuk membayar wang sebanyak 2 juta rupiah (RM584.37)

Berdasarkan perkongsian di platform X, peniaga tersebut berkata, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Restu itu membuat tempahan menerusi aplikasi WhatsApp.

Selepas pesanan pelanggan  disiapkan, Restu mendakwa bahawa dia sudah membayar wang sebanyak 2 juta rupiah (RM584.37) ke dalam  akaun bank peniaga tersebut.

Namun, selepas diperiksa, tiada sebarang transaksi diterima daripada pembeli, menyebabkan peniaga itu curiga.

Selepas disoal berulang kali, Restu menyekat nombor telefon peniaga berkenaan dan menghilangkan diri.

Hantaran yang dimuat naik itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Modus operandi seperti ini sering berlaku dalam kumpulan Facebook. Mereka mendakwa memindahkan wang dan memberikan bukti palsu. Anda perlu berhati-hati dan periksa sama ada wang sudah masuk atau sebaliknya,” kata seorang pengguna media sosial. 

Baca juga: Baru tahu ini 4 syarat penting perlu dipenuhi sebelum buka stesen minyak – “Tak rumit rupanya!”