Niat baik pelakon Mira Filzah yang memuat naik hantaran Instagram mengenai Palestin bertukar menjadi ruang untuk orang ramai menghentam dirinya.
Ini kerana, Mira tersilap meletakkan bendera negara lain pada hantaran IG yang dikongsikannya.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkongsi beberapa gambar mengenai penderitaan rakyat Palestin di Instagram, kelmarin.
Bagaimanapun, terdapat kesilapan pada hantaran tersebut apabila perkataan tulisan Arab bermaksud Palestin, tetapi diletakkan bendera negara Sudan.
Menjengah ke bahagian komen, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa kurang senang dengan hantaran tersebut dan menyifatkan pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu tidak cakna.
“Salah bendera itu.
“Macam mana bendera pun boleh salah.
“Itu bukan bendera Palestin tapi Sudah.
Mira yang memuat naik kenyataan itu bagaimanapun telah memadam gambar hantaran tersebut sejam kemudian.
Sebelum ini Mira meluahkan rasa apabila ada yang mengambil kesempatan memaki hamun anak seni yang tidak menunjukkan sokongan terhadap isu Palestin-Israel.
Malah, Mira juga tampil mempertahankan diri apabila namanya disenarai gerakan Blockout 2024 dan menyangkal dakwaan dia mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada bercakap isu Palestin dalam media sosialnya.
Baca juga: Membuahkan hasil! Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta