Bila melibatkan makanan, pastinya setiap pelanggan ada jangkaan mengenai lauk tersebut dan memberi ulasan jujur.
Namun ada juga pemilik yang tidak boleh menerima kritikan dan membalas dengan komen yang kurang beradab.
Menurut Kosmo! Online, tular seorang pelanggan yang mengkritik makanan yang dibeli iaitu ‘set nasi hujan panas daging masak hitam’ dan ‘set nasi hujan panas ayam berempah’.
“Rempah ayam goreng rasa tawar, portion lauk sikit, nasi lembik dan tawar. Tak berbaloi tunggu lama,” ujar komen tersebut.
Berang dengan komen tersebut, pemilik mempertikai kenapa perlu mengikut cita rasa pelanggan sahaja.
“Memang rempah ayam goreng ada base masam. Kenapa? Awak ada masalah dengan awas masam rempah? Kalau ada itu masalah awak.
“Portion lauk sikit. Kalau nak banyak, belilah lebih! Ini mesti pertama kali belo, awak ingat semua kedai wajib ada SOP portion lauk ikut standard perut awak!
“Nasi lembik dan tawar. Adakah awak sejenis makan nasi keras kering jadi tak biasa dengan nasi lembut? Nasi Hujan Panas tawar dekat tekak anda saja. Tekak ok ke ni?
“Tak berbaloi tunggu lama. Betul! Jadi jangan beli lagi ye, nanti tersakit hati lagi sebab makanan tak kena dengan tekak dan saiz perut awak,” komen pemilik restoran.
Entah mengapa perlu marah sebegitu sekali sedangkan setiap pelanggan perlu memberikan ulasan jujur.
Mungkin ada yang mempunyai cita rasa sama boleh jimatkan duit selepas baca ulasan tersebut.
Ada juga pelanggan yang berkongsi hal sama apabila mendapat komen lebih kurang sama selepas memberikan ulasan.
“Saya pernah order dan pernah komen juga. Agak terkejut jawapan dia. Saiz bubur memang kecil, saya beli sebab tak sihat. Pertama dan terakhir lah tu.
“Saya pernah kena juga membalas mesej macam ni. Sangat nak pertahankan diri,” antara komen pengguna Facebook.
Baca juga: Penganalisis saran rakyat Malaysia fokus sewa rumah daripada beli kalau tak nak terbeban kewangan