Anggap cerai bukan isu besar, Ria Ricis pilih fokus pada anak, buka tadika bersama kakak

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah banyak kes penceraian melibatkan selebriti, baik di Malaysia mahupun luar negara, ada sahaja isu.

Namun itu bukanlah satu halangan untuk meneruskan kehidupan biarpun perkahwinan sudah berakhir.

Begitulah juga dengan pelakon dari negara seberang, Ria Ricis yang tidak menjadikan penceraian bersama suami Teuku Ryan sebagai alasan untuk terus berduka.

Menurut Kosmo! Online, ibu tunggal itu mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap anak perempuannya yang mempunyai masalah pertuturan.

Pada masa sama, Ria mahu merealisasikan impian untuk menubuhkan sebuah tadika.

Sekolah tersebut dinamakan Maha Anak Usia Dini Islamic School yang menjadikan bahasa Indonesia, Arab dan Inggeris sebagai teras adalah cita-citanya sejak dulu.

Tadika yang terletak di Bintaro, Tangerang Selatan, itu didirikan bersama kakaknya, Oki Setiana Dewi.

Tidak melihat kegagalan perkahwinan sebagai satu kekangan, Ria menyifatkan sekolah tersebut sebagai permulaan kepada perjalanan kehidupan baharunya.

Terdahulu, Ria memilih menikahi suaminya pada November 2021 namun membuat keputusan untuk bercerai pada 3 Mei lalu.

Baca juga: “Di sini saya merasakan impak blockout”, Rossa akui kempen di Malaysia lebih kuat berbanding Indonesia