Memang betul tak salah untuk ke tandas semasa bekerja tapi apa pula dilakukan di dalam tempat tersebut yang makan masa berjam lamanya.
Malah ada yang mengambil kesempatan untuk ‘ponteng’ kerja dengan duduk di dalam tandas.
Buat pekerja di bandar Nantong dalam wilayah Jiangsu, tenggara China, dia tidak melihat masa yang dihabiskan di dalam tandas sebagai satu masalah.
Menurut portal berita VnExpress, pekerja tersebut diberhentikan kerja kerana menghabiskan masa selama beberapa jam di dalam bilik air pejabat hampir setiap hari.
Sebuah mahkamah di Nantong mendengar kes pertikaian kontrak buruh antara lelaki itu yang dikenali dengan nama pertamanya Liu, dengan bekas syarikatnya.
Menurut artikel di laman web Mahkamah Rakyat Wilayah Jiangsu, Liu telah bekerja di sebuah syarikat litar elektrik di Nantong itu sejak Jun 2015.
Liu turut mendapat gaji bulanan sebanyak 10,000 yuan (RM6,499).
Pada Ogos 2023, Liu memfailkan kesnya di timbang tara buruh, menuntut syarikat itu membayar pampasan lebih 200,000 yuan (RM12,999).
Namun kesnya itu menemui kegagalan apabila dia dinafikan pampasan dan akhirnya nekad memfailkan saman di Mahkamah Daerah Tongzhou pula.
Plaintif berhujah bahawa waktu rehatnya di tandas adalah kerana keperluan peribadi dan tidak melanggar peraturan syarikat.
Dia mendakwa pemecatan oleh majikannya adalah tidak berasas
Namun, mahkamah memutuskan bahawa penamatan perkhidmatan Liu oleh majikannya adalah sah dan tuntutan pampasan Liu adalah tidak berasas.
Baca juga: “Tak luak pun RM29 tu” – Penjual nasi kerabu terkedu pelanggan minta ‘refund’ lepas habiskan makanan