“Suami selalu mengeluh siap cakap aku ni beban, akhirnya aku mula kerja tapi dia tetap…”

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak salah untuk meminta pasangan bekerja untuk membantu dari segi kewangan keluarga namun tidak perlu sampai ‘cop’ mereka ini beban.

Tambahan suri rumah yang mempunyai anak, pastinya mereka lelah menjaga anak dan pada masa sama menguruskan makan minum suami.

Buat wanita ini, dia terasa hati apabila suami selalu mengungkit dan memanggilnya beban kerana memilih menjadi isteri sepenuh masa untuk membesarkan anak.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Alkisahnya, masa mula berkahwin, saya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Lebih kurang dua tahun saya jadi isteri yang menjaga anak di rumah.

Terus terang saya cakap, saya tersangat hormat dekat ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa sebab saya dah laluinya.

Ia memberi impak yang sangat besar kepada mental saya, sejujurnya semua benda dibuat rasa seperti tak betul.

Penat dia hanya Allah yang mengerti, dengan hormon tak betul. Saya banyak kali breakdown sepanjang tempoh tu.

Semoga Allah SWT menjaga, pelihara dan rahmati ibupibu suri rumah terutamanya (dan tak lupa juga yang bekerja) amin.

Sambung cerita, sepanjang saya jadi suri rumah tu, saya sentiasa rasa diri ni beban dekat suami sebab cara dia mengeluh dan mendesah setiap kali gaji dan selepas bayar semua komitmen.

Masatu saya tak mampu tolong banyak, sekadar beli baju anak, beli botol susu ke puting ke, kadang-kadang saya beli pampers dan susu, semua mainan dan buku anak saya belikan.

Kadang-kadang saya beli barang dapur, barang kelengkapan rumah sikit-sikit (semua ni berbekalkan duit simpanan ASB saya selama ni).

Jadi, saya nekad nak kerja lepas anak besar sikit, sebab tak nak jadi bebanan kepada seorang suami.

Mula kerja untuk ringankan beban suami

Baru-baru ni, saya dapat kerja setelah berkali kali minta, alhamdulillah Allah Maha Besar. Baru dapat sebulan gaji, jadi sekarang saya tengah plan nak bahagi bayar segala bil, yuran sekolah anak etc.

Tapi semalam, suami saya cakap depan muka saya, saya tak pernah ambik tahu pasal kewangan selama ni. Semua atas kepala dia.

Ya Allah, hati saya masa tu rasa macam saya ni amat sangat membeban kan dia. Padahal selama ni saya suri rumah.

Ini baru sebulan gaji dan baru nak membantu, tapi dia ungkit yang selama ni memang saya dah rasa saya ni beban tu.

Lagi satu, dia selalu cakap pasal isteri orang lain yang beli rumah, bayar atau ada rumah, macam nak menyindir pun ada.

Bunyi macam ini, “xx tak apalah, isteri dia bayar rumah”.. Kalau nama bersama tak apa saya nak kongsi bayar, dah nama seorang, saya macam berkira la juga nak bayar,

Saya pernah bincang dengan dia pasal ni, dia kata dia dah berikan semua benda, dia tak faham apa yang saya perlu risaukan lagi…

Tak sedia nak ada anak nombor dua

Semua ni berpunca sebab saya tak sedia untuk anak kedua lagi. Saya ada sejarah masa anak pertama, mental saya masih belum pulih, plus saya masih nak manjakan anak pertama saya

Tapi bagi dia, saya ni seolah tak bersyukur dia mampu menyediakan. Ya allah nauzubillah bukan itu niatnya. Saya tak sedia dari segi mental, itu sahaja.

Lagi satu, saya dah cuba sedaya upaya, balik kerja terus masak, sebab nak bagi masakan rumah dekat anak dan suami.

Selalunya dalam lima hari bekerja tu, kadang straight saya masak, kadang empat atau tiga hari.

Mungkin selama ni, suami saya dah terbiasa ada isteri suri rumah, jadi saya rasa dia macam terasa kehilangan tu sikit.

Baca juga: “Adik habiskan duit tapi aku pula kena marah dengan suami, siap ungkit sebab dia bayar pampers anak…”