Seorang gadis merasa buntu dalam mencari jalan untuk membongkarkan perbuatan keji insan dipanggilnya bapa kepada pihak berkuasa mahupun keluarganya sendiri.
Membesar dalam keluarga yang serba kekurangan, gadis berkenaan khuatir ibunya tidak mampu lagi meneruskan kehidupan jika bapanya menerima hukuman penjara.
Semakin hilang arah memikirkan masa hadapan, berikut perkongsian mengenai sang anak yang khuatir dengan akibat daripada hasratnya untuk menegakkan kebenaran.
“Assalamualaikum. Kejadian ini melibatkan keluarga sahabat saya iaitu Daisy (bukan nama sebenar). Dia tinggal dengan ibu bapa, nenek dan juga atuk di sebelah ibunya. Rumah mereka sentiasa dikunjungi sepupu-sepupu di sebelah ibu Daisy tanpa kira masa sama ada cuti sekolah atau tidak kerana ada nenek dan atuk di situ.
“Tempat tinggal Daisy ini rumah kampung, halaman luas. Ibu bapa Daisy pula petani. Bapa Daisy berusia 63 tahun, ibunya pula berumur 51 tahun. Mereka berdua ini sihat lagi. Sebenarnya bapa Daisy telah meragut kesucian dan meliwat sepupu Daisy yang bernama Hibiscus (bukan nama sebenar). Budak itu masih bersekolah rendah.
“Bapa Daisy juga pernah melakukan gangguan seksual terhadap sepupu yang lain bernama Rosemary (bukan nama sebenar). Ketika kejadian itu, Rosemary juga masih bersekolah rendah. Kawan Hibiscus iaitu Mint turut menjadi mangsa. Setiap kali ada kesempatan, bapa Daisy pasti melakukan perkara terkutuk dengan Hibiscus.
“Kadang-kadang dalam semak tepi rumah, di dalam bilik ibu bapa Daisy, di belakang rumah, dalam kereta, mana-mana sahaja ketika ‘line clear’. Sekadar info, Hibiscus ini kanak-kanak kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran. Dia agak lembab, tetapi tidaklah macam budak lembam. Orang susah, anak yatim pula.
“Daisy tahu semua ini selepas membuat siasatan sendiri kerana pernah ternampak perkara yang mencurigakan. Dia juga mendapatkan pengesahan daripada Hibiscus secara (slow-talk). Namun tiada sesiapa yang tahu hal ini kecuali Daisy. Sekarang ini Daisy mohon, beritahu dia apakah perkara yang perlu dia lakukan.
“Untuk pengetahuan, ayah Daisy tidak pernah menyentuh anaknya. Daisy perlukan bukti tetapi tak tahu di mana nak pasang kamera litar tertutup (CCTV). Sebab, bapa dia akan buat tak kira tempat. Ibunya pula tidak akan percaya jika tak nampak bukti. Ibu Daisy jenis percayakan suami suami selagi tiada bukti.
“Walaupun ada orang lain sampaikan maklumat, ibu Daisy tetap lebih mempercayai suami dia. Silap-silap, Daisy yang dibuang keluarga jika beritahu hal ini tanpa bukti. Hibiscus, Rosemary dan Mint semuanya anak yatim dan orang susah. Rasa kasihan sangat-sangat. Mungkin ada budak lain dalam kampung ini yang menjadi mangsa.
“Ibu Hibiscus ini kerjanya mengambil upah sahaja. Jadi setiap kali ibunya pergi kerja, Hibiscus akan ditinggalkan di rumah Daisy. Waktu pagi atau petang, atuk dan nenak Daisy akan keluar mengaji. Kadang-kadang tiada sesiapa dirumah itu. Waktu-waktu seperti inilah Hibiscus teruk dikerjakan oleh bapa Daisy.
“Hibiscus pula nampak seperti sudah mula ketagihan. Tolonggggg. Daisy tiada bukti kecuali pengakuan Hibiscus. Daisy juga takut sekiranya ayah Daisy ditangkap polis. Bagaimana ibu Daisy yang hanya meniaga kuih itu nak teruskan hidup. Sebab kalau bapa dia ditangkap, mestilah semua orang tak nak beli kuih lagi.
“Ibu Daisy juga pasti akan malu dan jatuh sakit. Jadi bagaimanakah ibu Daisy mahu meneruskan hidup dengan keadaan seperti ini sekiranya perkara tersebut tersebar nanti. Daisy buntu.” Kongsi Teratai yang sedih (Bukan nama sebenar) menerusi satu perkongsian di sebuah forum atas talian.
Baca juga: “Dulu mak selalu layan aku acuh tak acuh lepas kerja swasta terus layanan berubah 360 darjah…”