Raffi Ahmad taja kawan baik lahir di hospital swasta, siap bayar kos ‘check-up’ lagi!

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu pelakon dari negara seberang, Raffi Ahmad sering tampil dengan personaliti ceria dan sering memuat naik video bersama isteri, Nagita Slavina.

Namun ramai tak tahu kebaikan yang dibuatnya kerana sering dilakukan secara senyap-senyap hingga dimaklumkan sendiri oleh tuan badan.

Terbaru, pelawak dan pengacara, Mpok Alpa berkongsi kepada media Indonesia mengenai Raffi yang didakwa memberikannya hadiah untuk anak kembar lelaki yang bakal dilahirkan.

Bukan biasa-biasa, menurut Kosmo! Online, Raffi memberikan hadiah berupa tajaan bersalin di sebuah hospital swasta.

Berita tersebut dikongsikan sebagai menunjukkan sifat prihatin dan dermawan Raffi yang langsung tidak berkira.

Pelawak berusia 37 tahun itu memaklumkan Raffi sendiri menghubunginya untuk bertanya khabar selepas mengetahui dia bakal menimang bayi kembar lelaki.

Katanya, kebaikan suami Nagita Slavita itu cukup terserlah apabila menjelang kelahiran si kecil.

Dia akan ditempatkan di sebuah hospital dan diawasi doktor pakar yang pernah menyambut kelahiran cucu Krisdayanti.

Tidak hanya itu Mpok Alpa berkongsi, Raffi turut membiayai kos pemeriksaan bulanan kandungannya di hospital itu.

Pada masa sama wanita tersebut turut menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta rakannya membiayai kos kelahiran anak kembarnya sebaliknya menganggap ia adalah tuah si kecil.

Baca juga: Kagum dengan didikan Aidid Marcello, anak sulung berjaya hafaz 30 Juzuk Al-Quran!