“Sudahlah menumpang, satu sen pun tak bayar, mak boleh pula cop rumah suami bayar tu rumah dia”

Oleh MAISARAH AISYA

Ibu bapa yang sudah mempunyai rumah tidak perlu membebankan anak-anak apatah lagi jika mereka sudah membina keluarga sendiri.

Pada masa sama tak salah untuk menetap di rumah anak namun jaga batasan dan tidak melampaui tuan rumah.

Seorang wanita tidak menyangka niat baik membenarkan ibu pindah masuk akhirnya menjadikan ia sengsara apabila adik beradiknya turut berpindah masuk sedangkan rumah arwah ayahnya masih ada.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Aku nak berkongsi dengan korang tentang apa yang aku hadapi selepas aku bernikah sehingga kini.

Aku ni dah berkahwin nak masuk tiga tahun bulan November ni. Aku dengan suami ada beli rumah beberapa bulan selepas berkahwin.

Alkisahnya, ayah aku meninggal dunia beberapa bulan selepas aku bernikah. Jadi mak aku ni berkerjaya tapi dia nak duduk dengan aku dan suami.

Dan aku ada seorang adik lelaki bawah aku yang sudah berkahwin dan dua orang adik perempuan yang sedang belajar dan tak kahwin lagi.

Adik laki yang dah kahwin tu dia duduk rumah lain. Tapi adik perempuan aku tu duduk satu rumah dengan kami (aku, suami, ibu, dua adik perempuan bujang 20-an).

Adik ipar pantang di rumah

Isunya bila isteri adik lelaki aku ni beranak dan sesuka hati nak berpantang dekat rumah aku sebab ada ibu.

Minta izin pun tidak. Dia hanya bagitahu ibu, nak berpantang dekat rumah aku.

Pada mulanya, aku memang menolak sebab yelah rumah aku kot, kenapa nak sibuk berpantang dekat rumah kakak ipar kau.

Rumah elok sahaja adaada. Tak kisahlah korang menyewa ke apa. Aku faham alasan sebab nak ibu jaga dan rumah aku ni jenis landed.

Yang aku menyirap ni, ni rumah aku dan suami, yang korang (adik dan isteri adik) sesuka hati datang keluar masuk rumah, macam rumah ibu pula apa masalah korang.

Katanya kan sebab ada ibu, jadi bila-bila masa mereka boleh datang melawat tanpa bagitau kami, maklum dekat ibu pun dah ok katanya.

Sampai la satu tahap, aku tak boleh tahan, sebab parking depan rumah pun adik aku rembat.

Dah la bini kau berpantang kat rumah aku tanpa minta izin aku, selamba badak je, parking pun kau rembat sebab atas alasan senang nak hantar bini dia.

Tak bayar sesen pun

Rumah tu laki aku yang bayar tau. Bill api, bill air laki aku yang bayar. Kau datang berpantang, hanya duit makan je, adakah boleh cover bil elektrik yang naik mencanak?

Lepastu lepas habis pantang, kerap datang melawat tiga ke empat kali, datang selalu dengan tangan kosong, tak bawa apa-apa makanan.

Datang mesti nak makan makanan dekat rumah kitorang kelaparan. Habis lauk sebab mereka yang suka datang tiba-tiba.

Aku masak lauk untuk berapa orang je, tiba-tiba suka datang mengejut dan sampai depan rumah. Aku angin betul.

Sekali dua boleh la pelawa, lauk makan nasi. Ni sampai kesudah, datang tak bawa apa-apa, pastu tau menyingkap je apa yang ada dekat dapur kami.

Luah dekat ibu pun tak guna

Dan aku pun penat terangkan dekat ibu yang aku tak puas hati sebab yelah, dah la rumah kitorang, dorang buat macam rumah sendiri.

Tahu tak apa ibu aku cakap? Dia kata jangan berkira dengan adik beradik. Be professional. Dan dia kata rumah ni, rumah ibu juga.

Aku memang angin betul. Memang sejenis suka putar belit dan pentingkan diri sendiri. Sakit hati aku tau.

Dia fikir pasal perasaan dia, dia tak fikir pasal perasaan aku yang tak suka bila adik perempuan aku duduk rumah sekali dengan kami.

Dahlah bayar bil nak dekat RM2k bulanan, yang kami dapat satu bilik master bedroom dengan tandas dalam bilik.

Tiga bilik lain, ibu n adik aku dah cop. Korang faham tak, kenapa aku angin sangat.

Aku memang berazam, kalau aku jadi seorang ibu nanti, aku tak nak jadi macam ibu aku. Aku tak nak kacau hidup anak aku dan hormat privasi mereka bila sudah berkahwin.

Baca juga: “Suami aku kerja ‘gomen’, ipar pula tak malu minta pinjam sampai beribu, bila tak bagi, mentua masuk campur”