Tinjauan dedah 7 negara paling dibenci ramai tahun 2024, selain Israel ada satu negara Islam tersenarai

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah badan penyelidikan berpengkalan di luar negara mendedahkan tujuh negara yang paling dibenci tahun ini, dengan Israel menduduki senarai tersebut.

Laporan oleh World Population Review mendedahkan, tiga negara paling dibenci adalah China, Amerika Syarikat dan Rusia yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga.

Tiga negara ini merupakan trio paling besar dan paling berkuasa di dunia dan mungkin penyebab kenapa negara ini tak disukai ramai.

Menurut laporan, kebanyakan rakyat dari negara itu mempunyai pandangan yang teruk terhadap satu sama lain, selain ketiga-tiga negara itu suka masuk campur dalam urusan ekonomi, politik dan ketenteraan negara-negara kecil yang menyebabkan mereka dibenci.

Namun dalam laporan yang diterbitkan, agensi itu menyenaraikan sebuah negara Islam sebagai negara paling dibenci ketika ini.

Kami senaraikan lagi empat negara yang tersenarai;

 Israel

Ekoran peperangan genosid yang sedang oleh Israel ke atas Palestin, ia telah menjadi “negara” yang dibenci oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.

Dengan serangan tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin sekarang ini, jumlah orang yang semakin membenci negara itu telah bertambah lebih-lebih lagi mereka telah membunuh orang awam tidak bersalah seperti wanita dan kanak-kanak.

Arab Saudi

Negara yang kaya dengan hasil minyak ini diterajui oleh kerajaan diktator dengan polisi. Orang ramai merasakan yang negara Islam ini tidak menghormati hak kemanusiaan serta hak wanita.

Korea Utara

Korea Utara tidak disukai ekoran cara kerajaan mengawal rakyatnya serta polisi antarabangsa yang agresif. 

Negara yang dipimpin oleh generasi ketiga diktator Kim Jong-un itu boleh dikatakan mempunyai hak kemanusiaan yang paling teruk di dunia. 

Namun begitu, fakta ini tidak dapat dipastikan ekoran negara itu merupakan negara paling perahsia di dunia.

Kesemua media di Korea utara dikawal oleh kerajaan di mana TV dan radio hanya boleh menyiarkan bahan yang diluluskan oleh kerajaan dan peranti mereka juga tidak boleh mendapat akses world wide web. 

Selain itu, orang-orang di Korea juga telah ditetapkan pekerjaan mereka oleh kerajaan dan mereka tak boleh memilih posisi atau kerjaya mereka. 

Pengagihan makanan juga turut dikawal dan kekurangan makanan menjadi masalah untuk rakyat di sana. Walaupun negara itu penuh dengan orang-orang miskin, kerajaan mereka telah menghabiskan dana mereka untuk ketenteraan termasuk program senjata nuklear.

Pakistan

Terdapat beberapa sebab kenapa Pakistan dianggap sebagai salah satu negara yang paling dibenci. 

Antaranya adalah ia merupakan salah satu negara yang mempunyai akses kepada senjata nuklear dan merupakan tempat kumpulan militan seperti Taliban dan Al-Qaeda.

Selain itu menurut laporan, pihak berkuasa di Pakistan bebas melakukan pelbagai perkara termasuk menghukum mati seseorang tanpa perbicaraan mahkamah mengikut prosedur yang betul.

Baca juga “Dunia runtuh bila doktor hulur bayi lelaki, tak sangka aku mampu buat kerja isteri tanpa bantuan wanita lain”