Kerang ‘juicy’ dan tak liat, wanita kongsi cara rebus kerang dalam masa 1 minit!

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau makan dekat kedai yang jual makanan laut, mesti kerang ni wajib kita pesan, sambil cicah sos, kecur air liur.

Tapi kalau salah teknik, nanti mesti isi kerang tu liat, kadang-kadang tak terbuka pula tu, sakit gigi nak gigit.

Ikuti perkongsian pengguna TikTok, Ibu Azzah yang mengajar pengikutnya untuk rebus kerang dalam masa seminit sahaja.

Mesti ramai tak percaya, biasanya kerang ni ambil masa lama nak rebus, tambahan nak tunggu kulitnya terbuka terlebih dahulu.

Cara-cara rebus kerang

  1. Pastikan air mendidih dahulu.
  2. Kemudian masukkan kerang yang sudah dibersihkan
  3. Terus tutup dengan penutup dan biarkan selama seminit.
  4. Tutup api dan siap!
@ibuazzah

APA…????? REBUS KERANG 1 MINIT JERR… BIAR BETUL IBU AZZAH NI.. korang rebus kerang mesti lama kan.. #pjjibuazzah #MYfoodie #fyp

♬ original sound – Ibu Azzah – Ibu Azzah

Nampak tak, senang sahaja nak masak, kerang pun elok sahaja tak liat dan sedia di nikmati bersama sos pedas atau manis.

Cara basuh kerang

Pada masa sama pengguna TikTok itu juga berkongsi cara nak bersihkan kerang agar tak berpasir semasa makan.

  • Letakkan air banyak hingga semua kerang berada di bawah paras air.
  • Gosokkan kerang sesama sendiri, buat berulang kali hingga air bertukar warna.
  • Ulang sekali lagi langkah pertama dan kedua.
  • Kemudian bilas untuk kali ketiga dan siap!

Selamat mencuba!

Baca juga: Patutlah tepung susah melekat, rupanya lupa letak satu bahan ini bila goreng Sotong