Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi bagaimana rasanya menjadi menantu dalam keluarga besar Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Pertama kali mahu bertemu bapa mentuanya itu, dia akui timbul perasaan takut kerana merasakan ada aura luar biasa dalam diri Datuk Seri Khalid atau mesra disapa Datuk K.
“Dulu sebelum saya kahwin, saya rasa takut nak jumpa dengan ayah (Datuk K). Aura dia itu memang lain betul. Kalau nak jumpa rasa segan.
“Maksudnya dia orang yang sangat disegani. Saya juga respect dengan ayah, seorang yang manly father in law,” katanya dalam saluran podcast Apa Cerita, memetik OhBulan!.
Tya turut berkongsi peribadi Datuk K dan TokTi yang juga penyanyi nombor satu negara ketika di rumah.
Katanya, peribadi ibu dan bapa mentuanya itu sama sahaja seperti apa yang dilihat oleh orang ramai.
*Bila saya masuk dalam keluarga ini, apa yang saya nak cakap bukan fasal glamour. Tetapi tentang personaliti. Ayah dan Mak Iti (panggilan Siti) sama sahaja macam apa yang orang lihat di luar.
“Mak Iti seorang yang sangat baik hati. Dekat luar semua orang dia layan dengan baik. Dalam rumah pun sama, tak pernah marah. Jarang nampak tinggikan suara. Kalau marah pun dekat anak-anak je. Itu pun jarang,” ujarnya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, sejak dia menjadi sebahagian daripada keluarga suaminya, Asyraf Khalid, banyak perkara yang dipelajari.
“Kalau macam keluarga saya sangat sederhana. Kalau macam keluarga Asyraf sangat teratur. Contoh macam kerusi makanan itu tiada nama siapa pun, tapi tahu kerusi itu siapa untuk duduk.
“Kalau pergi makan dekat restoran pun sama, tahu kerusi itu siapa punya dan siapa yang akan duduk.
“Itulah antara yang saya belajar dalam keluarga Asyraf. Keluarga Asyraf seminggu sekali akan berjumpa atau gathering.
“Kalau dulu masa awal perkahwinan rasa macam aada buku atau kitab untuk mempelajari hidup bersama Asyraf dan keluarganya,” kongsinya lagi.
Baca juga: Guna bahan dekat dapur sahaja! Ini tip penting nak halau lalat di rumah