“Arwah mak selalu simpan duit selit” – Pekerja pembersihan jumpa RM38k tunai, emas dalam rumah

Oleh MAISARAH AISYA

Bila kehilangan orang tersayang pastinya sukar untuk kita membuang barangan lama mereka dek kerana nilai sentimental.

Maka tak terkejut jika ramai memilih untuk mengupah orang lain bagi membersihkan rumah peninggalan awah mak atau ayah.

Menerusi TikTok, f.i.8_empire, sekumpulan anak muda diupah oleh pemilik untuk membersihkan rumah arwah ibunya.

Apa yang mengejutkan adalah duit itu disimpan di merata tempat di rumah tersebut dan anggaran duit selit adalah lebih kurang RM38,000.

“Kisah mengemas rumah dan duit. Rumah ni milik arwah ibu pemilik tinggal dan baru kini ada kekuatan untuk dikemas.

“Pemilik juga sudah memaklumkan rumah ni ada duit yang banyak jadi kami kena selongkar satu persatu barang-barang sebelum buang,” ujarnya dalam kapsyen.

Bukan hanya duit baru, duit lama not RM20 juga dijumpai bersama duit daripada matawang negara lain, termasuklah emas dalam bekas yang disimpan berasingan.

Tambah pemilik video tersebut, ibu kepada pemilik sudah meninggal hampir lima tahun yang lalu.

@f.i.8_empire

Replying to @shahrulnizam508 ada banyak sebab kenapa anak2 panggil kami untuk kemas rumah mak mereka lagi2 yg telah tiada. jika awak mampu, jadi tahniah #pastiusahayakinrezeki #capcut #fyp #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #pastiusahayakinrezeki #fi8empire #masukberanda #fi8kongsi

♬ Sad and lonely – MoppySound

Rata-rata netizen turut merasa sebak melihat barangan tersebut dan mengimbau kenangan membersihkan barangan milik orang kesayangan mereka.

“Aku baru belajar tentang video ni, ada maksud tersirat. ‘Mak tak nak guna duit kau yang banyak-banyak ni,mak nak masa kau dengan mak’.

“Jiran saya meninggal, anak mereka kemas satu rumah, buang barang yang tak pakai, baju, pinggn mangkuk sedekah dekat jiran. Cari duit tersorok saja ada RM40 ribu.

“Terima kasih dik sebab jujur dan amanah dalam menjalankan tugas yang diamanahkan,” antara komen netizen.

Baca juga: Baru tahu rahsia kenapa orang cina jarang ‘renovate’ rumah, patutlah ramai kaya-kaya!