Ikan dah sebulan dalam peti ais pun tetap segar! Wanita kongsi tips, rupanya kena letak…

Oleh MAISARAH AISYA

Biasanya ikan kalau sudah masuk peti ais, lama-lama kesegaran ia pun hilang ditambah pula jadi lembik bila dimasak.

Jadi selalunya ramai akan memilih untuk masak ikan dalam masa seminggu pembelian agar ikan tak rosak.

Rupanya ada cara nak bagi ia kekal segar seperti baru dibeli, kalau perasan dekat pasaraya mesti diletakkan ais.

Pengguna TikTok shazana.shahimi berkongsi tips penting untuk pastikan ‘seafood’ kekal segar walaupun sebulan dalam peti ais.

“Puas hati tengok warna mata ikan tu, semua nampak fresh lagi. Semua seafood boleh ikut tips cara simpan barang dapur ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Letak air bersama makanan laut

Tak susah pun tip ni, hanya letakkan air sama paras dengan makanan laut tersebut dalam satu bekas.

Ikan dilihat kekal segar selepas dinyahbeku.

@shazana.shahimi

Puas hati tengok warna mata ikan tu, semua nampak fresh lagi. Semua seafood boleh ikut tips cara simpan barang dapur ni✨ #tipsdapur #tipsmasak #resepiikan #resepisimple #resepisihat #sihat #jerawat #perutbuncit

♬ DOLA DOLA KITA SALAH DOLA MALBAR X FAYZ REMIX – Malbar OnTheBeat

Ini pula tip yang dikongsikan netizen yang risau ikan direndam dalam air mungkin boleh menghilangkan kesedapan ikan tersebut.

“Saya tak letak air sebab isi dalam tu jadi tak segar. Saya tukar, guna tupperware freezer tapi mak saya guna bekas macam awak, elok pula isinya.” komen pengguna TikTok.

Tips penjual ikan

“Tip dari peniaga ikan. Nak simpan hanya perlu cabut perut, kemudian jangan basuh dan terus simpan. InsyaAllah ikan kekal segar.

“Suami saya cakap kalau nak segar jangan bagi kena air dan terus simpan dalam plastik dan letak dalam peti ais.

“Suami saya selalu ke laut bila ada masa lapang, setiap kali bawa balik ikan segar memang tak cuci,” antara komen lain pengguna TikTok.

Baca juga: Deko rumah bukan main cantik, tindakan penyewa enggan bayar tunggakan RM124 sebulan tuai kritikan