“Siap bawa geng!” – Pemuda berang masih ada kedai jual minyak masak paket bersubsidi kepada warga asing

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah banyak kali peniaga diingatkan untuk tidak menjual minyak masak paket bersubsidi kepada warga asing tapi ia tetap juga berlaku.

Kadangkala bila warga tempatan mahu beli, minyak tersebut sudah habis dibeli oleh warga asing, dan lebih menyakitkan hati bila pekerja tersebut memberikan ‘lampu hijau’ kepada geng satu negara.

Tular satu video di laman X mengenai pekerja yang baru membuka kotak minyak masak paket namun sudah ada empat warga asing yang menunggu dengan memegang minyak.

“Orang asing tak boleh tau minyak masak, ini minyak subsidi. Kau yang buka dan bagi kan,” jelas suara pemuda yang merakam.

Namun dilihat pekerja tersebut tidak memberikan reaksi dan tetap membenarkan warga asing terus memegang minyak masak paket.

Rata-rata netizen mengharapkan kerajaan untuk tegas dalam menangani isu yang semakin banyak berlaku.

“Dah sampai masanya kerajaan perlu wartakan, penjualan minyak masak paket ni tidak dijual kepada warga asing. Tauke kedai atau pengusaha pasar raya kena ambil tahu tentang perkara ni juga.

“KPDNHEP selalu sangat masuk tapi apa yang terjadi kepada pengurusan pasar raya? Seolah-olah tidak takut kepada penguatkuasa.

“Sebab warga asing akan saling menjaga sesama sendiri, sebab tu ada stok untuk mereka tapi bila warga tempatan nak beli mesti kata habis,” antara komen netizen.

Baca juga: Hanya disebabkan cuti sakit, ‘intern’ diberhentikan kerja, jawapan bos pula menyakitkan hati