“Bekas isteri suka perhatian, dia siap ‘approach’ lelaki lain, aku bersyukur aku pilih wanita tepat untuk kahwin kali kedua”

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya mereka yang gagal dalam perkahwinan mesti akan rasa trauma untuk mengenali orang lain.

Apatah lagi jika hati benar-benar sayang, namun ada hikmahnya Allah SWT hadirkan orang baru untuk mengubati hati.

Seorang pemuda Khair (bukan nama sebenar) berkongsi kisah bersama isteri baru selepas bercerai dengan pasangan terdahulu.

Di bawah adalah perkongsian di satu portal luahan perasaan atas talian.

Aku Khair dan aku nak kongsi pasal kisah aku. Aku sudah dua tahun kahwin untuk kali kedua selepas perkahwinan pertama berakhir dengan penceraian.

Bab nafkah dan lain-lain aku berikan tapi bekas isteri tinggalkan aku sebab alasan dia aku terlalu baik.

Tak tahulah, yang tu aku malas nak ulas. Sebab kalau tak suka, apa-apa pun boleh jadi alasan dan bekas isteri aku tu dulu jiran sebelah rumah sewa aku je.

Aku tertarik kat dia sebab dia jenis, kelakar, sentiasa gembira dan bising, pandai sosial, senang bawa masuk majlis.

Lepastu dengan semua orang dia boleh masuk dan bergaul mesra. Kalau pergi mana-mana memang jadi tumpuan juga sebab dia pandai bergaya lah.

Masa tu aku fikir, Sesuai dengan aku yang pendiam sikit ni. Tapi part bergaul mesra tu, lepas dah berkahwin baru aku terfikir sesuatu.

Tertonggeng juga aku enam bulan lepas berpisah. Tapi keluarga aku banyak bagi sokongan lah. Sampailah aku buka hati terima isteri sekarang. Dua tahun dah kahwin.

Barulah aku faham, Isteri yang sebenarnya macam mana. Entahlah aku pun tak tau nak terangkan apa maksud isteri sebenar tu. Tapi dia buat aku rasa, yang aku ni suami dia.

Isteri aku sekarang ni, walaupun aku bawa balik goreng pisang 5 ringgit dari pejabat, dia punya menghargai ni, macam aku bawa balik gelang emas.

Dia ucap terima kasih dan peluk aku tu, terasa ikhlasnya.

Berbanding bekas isteri dulu, tak pernah cakap terima kasih pun. Lagi dia persoal kenapa beli benda yang tak boleh masuk Instagram? Konon macam content lah.

Isteri aku sekarang ni, aku tak perlu risau langsung nak tanya pasal solat dia. Semua on time. Kalau aku balik surau pun, nampak dia tengah solat kat sejadah.

Berbanding bekas isteri, bila aku balik surau lepas maghrib, dia masih depan TikTok dia buat tutorial makeup, shawl dia. Kalau aku ajak solat kat rumah pun, dia asyik cakap nanti.

Kalau pergi bercuti, aku tak tenteram betul lepas solat subuh tu sebab kita tau isteri kita tak bangun solat pun dan akan kena marah kalau kejut. Dayusnya aku.

Isteri aku sekarang ni, Dia kalau pergi mana-mana, Tak ada orang pun tumpu perhatian kat dia. Dia pakai macam orang biasa. Tak ada makeup tebal-tebal, baju pun biasa je.

Aku masa awal kahwin ada bagi duit beli baju sebab baju dia tak penuh pun satu almari.

Iyelah aku dah terbiasa bekas isteri dulu banyak baju sebulan asyik beli itu ini. Tapi lepastu dia terangkan dekat aku dan aku syukur lah isteri aku sederhana macam ni.

Isteri aku sekarang, dia tak pandang pun lelaki lain. Aku pun tak tau nak cakap camana.

Macam kalau pergi majlis mana-mana, even dengan orang yang dia kenal pun, dia tak akan melebih-lebih communicate dengan lelaki lain. Dia bersahaja dan jawab yang perlu saja.

Bekas isteri aku dulu, dia yang pergi dekat lelaki, gelak siap tepuk tampar siap ikut pergi memancing, senang cerita dia memang suka jadi tumpuan.

Bila isteri aku sekarang macam ini, barulah aku faham ketenangan perkahwinan tu macam mana. Aku tak perlu risau benda-benda asas dalam perkahwinan macam,

So semua tenaga aku boleh tumpu untuk improve dan membahagiakan dia je. Cari duit lebih, upgrade skill aku kat ofis dan senang cerita nampak cerahlah masa depan keluarga tu.

Untuk isteri aku sekarang, terima kasih terima aku jadi suami. Aku tak akan sia-siakan perkahwinan kali kedua aku.

Baca juga: “Suami menjerit rasa macam lipas merayap, dia tak tahu itu adalah bulu badan aku”