Seorang pemuda berusia 26 tahun terpaksa menanggung komitmen bulanan yang besar gara-gara keinginannya mahu melaram dengan sebiji motor berkuasa tinggi.
Walaupun meraih pendapatan bersih sebanyak RM6,000 sebulan, namun ia tidak menjamin kehidupan yang senang buat pemuda tersebut gara-gara terjebak dengan hobi menunggang motosikal mewah.
Menurut MStar, lelaki tersebut membeli superbike model BMW yang difahamkan harga pasarannya bermula daripada RM129,500.
Atas sebab itu, dia perlu menanggung komitmen bulanan yang tinggi sehingga duit belanjanya setiap bulan berbaki RM50 sahaja.
“Penyesalan. Betul la orang kata, superbike ni untuk hobi orang kaya.
“Sekarang baru tengah bulan, lepas renew cukai jalan, servis apa semua, duit makan pun tinggal RM50,” luahnya di laman X.
Dengan duit yang berbaki sedikit itu, dia tidak pasti sama ada mampu bertahan atau tidak sehingga ke hari gaji seterusnya.
“Tak tahu boleh survive sampai hujung bulan ni ke tak,” katanya dalam kebuntuan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakannya yang disifatkan sebagai silap percaturan dan diibaratkan tidak ukur bu di badan sendiri.
Segelintirnya menyifatkan hanya mereka yang kerja bukan makan gaji dan mempunyai pendapatan minimum lima angka sahaja layak menggunakan motosikal mewah tersebut.
Baca juga: Tak sangka beg sekolah boleh datangkan mudarat, baca penjelasan dari doktor ini
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio