Umum tahu chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan lantang bersuara di media sosial untuk semua isu.
Ini termasuklah memuat naik hantaran di media sosial mengenai bekas menantu yang juga bekas suami kepada pelakon Serina Redzuawan.
Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan Chef Wan membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya Gavin Edward O’Luanaigh.
Memetik Bernama, ganti rugi tersebut adalah berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap O’Luanaigh di platform media sosial.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan O’Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh chef itu tidak memfitnah O’Luanaigh.
Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Azizah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O’Luanaigh.
Chef Wan juga diminta membayar kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Chef Wan terima injuksi kekal
Hakim Azizah memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya.
Beliau juga memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.
Ketika menyampaikan alasan penghakiman, Hakim Wong berkata mahkamah mendapati bahawa hantaran dalam laman sosial Instagram dan Facebook oleh Chef Wan telah memfitnah O’Luanaigh.
Beliau juga berkata chef itu telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O’Luanaigh.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio