“Suami curang lepas aku lahirkan anak, belum habis eddah dia kantoi kena tangkap basah dengan janda..”

Oleh MAISARAH AISYA

Ada sahaja pasangan yang rela dimadukan selepas suami kantoi curanh tapi selalunya yang tak dapat terima hakikat adalah penyondol.

Sudahlah rampas suami orang, hasut pula untuk ceraikan isteri halal agar dia jadi satu-satunya wanita.

Seorang wanita Mimi (bukan nama sebenar) tak menyangka pengorbanan buat suami dibalas dengan tahi apabila dia diceraikan selepas suami bercinta dengan seorang janda.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Aku diceraikan bulan Disember 2023 secara luar mahkamah sebab suami curang selepas tujuh tahun perkahwinan kami.

Bekas suami pilih kahwin dengan janda tua tak bermaruah kerja gomen jawatan PPK Klinik Kesihatan bulan Apr 2024.

Laju kan? bekas suami aku kena tangkap khalwat kat rumah sewa janda masa aku tengah eddah, lebih mengejutkan anak lelaki janda tu ada sekali.

Penyondol tu ada empat orang anak, dah besar-besar semuanya cuma tak pasti mana lagi tiga anak masa kejadian.

Rupanya dia dengan suami dan bersekedudukan lepas ceraikan aku, majlis pun dibuat sebelah perempuan sahaja, keluarga bekas suami tak ada seorang pun yang tahu.

Jahat betul janda tu, dahlah berzina dengan suami aku (masa masih suami), runtuhkan rumah tangga aku, mengadu domba kat suami aku.

Siap hasut suami aku ceraikan aku padahal aku dah tawar untuk poligami tapi perempuan tu tak nak, suami aku setuju je.

Kahwin tanpa restu mak bapak lelaki. Teruknya lahai penyondol ni. Aku dulu nak kahwin menggigil gigil minta restu and jumpa keluarga mertua.

Buat resume untuk suami masa tengah pantang

Paling aku ralat, dulu masa dalam pantang anak tunggal kami, bekas suami dapat interview di sebuah syarikat terkemuka dekat Johor.

Masa habis pantang dia diserap masuk. Rezeki anak kan? Disebalik tu aku yang gigih hantar resume dia dekat banyak syarikat.

Dia dengan aku degree holder, so bila dia kerja tu, dia dapat jawatan bagus, dia bos dekat jabatan dia. Kira rezeki betul lah kan. Bersyukur sangat aku masa tu.

Aku pun bekerjaya juga, cuma aku kerja company manufacturing. Jawatan eksekutif. Syarikat suami aku tu best, medical tanggung isteri dan anak sekali.

Tapi lepas je dia kahwin janda tu, dia cepat-cepat declare dekat company dia and buang nama aku kat medical tu and ganti nama bini baru dia.

Dengan anak aku sekali dia tak bagi guna medical company padahal nama anak aku masih ada.

Bini baru dia tu ada slip disc, so bila dapat medical ni cepat-cepat ye dorang pergi hospital swasta, padahal sebelum ni perempuan tu settle kat hospital kerajaan je. Laju buat kerja.

Kecewa dengan kehidupan

Aku rasa hampa sangat. Sedih sangat. Betullah, lelaki diuji bila dah senang. Dia kena ingat, kehidupan dia naik sebab aku dan anak kami.

Lepastu dia buang kami macam sampah je. Nafkah habis dah culas. Masa eddah je dapat. Perempuan tu dapat dia masa dia ada segalanya.

Hampa. Tu je aku boleh kata. Manalah suami aku yang baik dan bertanggungjawab dulu, yang sayang aku dan anak kami. Dia juga block aku kat semua tempat dan nombor aku.

Jahatnya mereka ya Allah. Jahat sangat mereka. Aku tak mampu nak kata apa lagi.

Aku sedih bila tengok gambar kahwin mereka. Aku menangis seharian sampai sakit mata and kepala aku.

Entah lah, aku hampa tapi aku teruskan je hidup. Kerja aku kerja, anak aku biarlah aku seorang sahaja yang uruskan.

Baca juga: “Suami bayar nafkah, buat kerja rumah tapi aku tak puas hati. Tak bersyukurkah aku?”