Seorang gadis berjaya mencuri perhatian ramai selepas memuat naik gambar yang memaparkan perubahan dirinya susulan berjaya menurunkan berat badan.
Ekoran tularnya gambar tersebut, akaun media sosial milik gadis itu dibanjiri dengan pertanyaan mengenai caranya menurunkan berat badan sebanyak 40 kilogram (kg).
Gadis dikenali sebagai Rima itu mendedahkan bahawa perjalanannya menurunkan berat badan sebenarnya dipengaruhi oleh ibunya yang menerima nasihat dari doktor.
Jelasnya, Rima hanya mengubah cara pemakanan dan bersenam sehingga beratnya daripada 103 kg turun kepada 63 kg tanpa mengguna sebarang produk di pasaran.
“Awalnya tiada niat nak diet sama sekali. Tetapi mamaku ada kandungan kolesterol dan trigliserida yang tinggi dalam badan. Doktor memberi saranan mengurangkan makanan berminyak, manis atau yang berasaskan tepung.
“Perlu lebihkan protein, serat dan mengurangkan karbohidrat. Mamaku mengeluhlah, cakap tak boleh makan sedap selepas ini. Jadi aku pun temanlah makan hidangan yang sihat.
“Selepas lima hari makan hidangan sihat, aku sengaja timbang berat. Tak sangkalah turun juga. Selepas itu, aku mula jadi semangat untuk ubah pemakanan dan mencari cara diet sebenar. Aku pilih cara defisit kalori,” katanya.
Berikut cara Rima menurunkan berat badan berdasarkan perkongsiannya di platform X;
1. Mengira keperluan kalori yang diperlukan mengikut berat badan, tinggi, umur dan jantina dengan menggunakan aplikasi dimuat naik di dalam telefon bimbit miliknya.
2. Makan tiga kali sehari mengikut kepeluan kalori yang sesuai sahaja. Berikut contoh pemakanan yang sesuai diamalkan oleh Rima sepanjang mengamalkan defisit kalori.
Sarapan pagi – Ubi rebus bersama buah yang berserat. Buah kegemarannya adalah adalah epal, pear dan juga betik.
Makan tengah hari – Karbohidrat (ubi rebus/nasi perang/nasi putih) bersama serat (bayam/sayur sawi/kale/brokoli) dan protein (dada ayam tanpa kulit/ikan/putih telur/tauhu/tempe).
Makan malam – Sama sahaja seperti menu makan tengah hari.
3. Hidangan perlu dimasak tanpa minyak, hanya perlu direbus dan bakar sahaja.
4. Sekiranya teringin makan di luar, Rima lebih gemar memesan nasi bersama dada ayam bakar.
5. Rima akan makan yogurt atau buah-buahan setiap kali mulutnya ingin mengunyah atau mahu makanan ringan.
6. Amalkan lebih banyak pengambilan air putih.
Tidak cukup dengan mengubah pola pemakanan, gadis itu turut melakukan senaman atau olahraga ringan untuk mendapatkan berat dan bentuk badan yang diinginkan.
Memandangkan pada awalnya berat badan Rima tergolong dalam peringkat obesiti, senaman yang dilakukannya ketika itu hanyalah brisk walk ataupun berjalan kaki.
“Semakin lama, durasi berjalan jadi semakin panjang. Kadang-kadang kuat jugalah berjalan sampai satu jam. Selepas berat badan turun barulah buat senaman ringan.
“Tengok dalam Youtube sahaja. Buat senaman yang boleh dilakukan dalam rumah. Kalau bosan, lompat tali (skipping) atau berjalan kaki balik. Senaman tak perlu setiap hari, cukup empat ke lima kali seminggu.
“Dalam tempoh diet, saya tak pernah kongsi perkembangan di media sosial. Sampai berat mencecah 63kg, barulah saya memuat naik gambar. Kawan yang pernah ejek saya minta tip diet. Budak lelaki yang buli saya pula mula mendekati.” Selorohnya.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio