“Last kantoi tengok video tak senonoh, aku ugut nak minta cerai, sampai sekarang suami tak sentuh aku”

Oleh MAISARAH AISYA

Bila sudah berkahwin dan sudah ada pasangan yang halal maka kurangkanlah melihat video tak senonoh dalam telefon.

Tapi kalau sudah jadi habit maka memang benar ia sukar untuk dibuang namun kekal positif dan minta pertolongan orang.

Seorang wanita tidak menyangka suami yang sangat baik mempunyai hobi menonton video lucah walaupun sudah berulang kali kantoi dan berjanji untuk berubah.

Di bawah adalah kisah yang dimuat naik melalui portal luahan perasaan atas talian.

Aku isteri hampir lima tahun perkahwinan, ada seorang anak dan sedang mengandungkan anak yang kedua.

Suami aku seorang yang baik, nafkah tak culas, rajin tolong hal rumah dan anak. Tapi dia ada satu hobi iaitu suka tengok benda-benda lucah.

Kantoi waktu aku awal-awal mengandungkan anak pertama. Benda yang dia tengok tu benda yang macam cerita ‘fifty shades of grey’.

Ya, waktu kantoi aku tersangatlah sedih hari-hari aku menangis. Dia? Janji nak berubah dan sampailah ke hari ini aku tak tau lah dia masih tengok atau tak.

Tapi benda berlarutan sampai hampir lima tahun perkahwinan kami dan banyak kali kantoi dan janji nak berubah.

Macam-macam aku cuba bantu dia untuk hilangkan ketagihan dia. Sampai satu tahap aku rasa lelah dan ajak pergi kaunseling tapi dia tolak sebab malu.

Aku ugut kalau kantoi dia tengok lagi benda tu, aku nak minta cerai. Lepas kantoi kali terakhir tu aku sekat benda yang boleh sebabkan dia tengok video lucah.

Aku siap letak kata laluan yang tak bagi dia tengok internet lebih 5 minit dan suruh dia buang segala alat-alat yang ada untuk aku pakai. Ajak mengaji sama-sama.

Tapi sejak dari tu, dia dah tak sentuh aku. Aku pernah ajak, berkali juga tapi dia cakap dia penat. Tunggu hujung minggu.

Aku sedih gila dengan tengah mengandung jadi lagi macam masa aku mengandung anak yang pertama. Banyak nangis makan hati.

Aku tau miss v aku gelap tak se pink minah saleh yang dia tengok. Tapi aku sangat-sangatlah terasa dengan perbuatan suami aku.

Curhat? Banyak kali dah cakap pasal benda ni. Aku pun ada ego dan maruah aku. Mungkin kifarah dari dosa-dosa besar aku dulu.

Tapi aku memang sedih. Suami aku sendiri dah tak nak aku. Aku tak cantik dekat mata dia.

Mungkin dia dah biasa nampak yang gebu putih pink selalu sampai kan aku ni jijik dekat mata dia. Sumpah aku sangat sedih.

Baca juga: “Macam ini, mengandung setiap tahun tak apa!”, isteri Fizi terharu suami beri sampul tebal