“Tak perlu menunjuk untuk buktikan saya kaya” – Bonda Rozita hadiahkan Mercedes-Benz untuk anak perempuan

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah menjadi kebiasaan buat mereka yang mampu untuk menghadiahkan anak dengan kemewahan dan kesenangan.

Samalah seperti ibu kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim yang memilih menghadiakan anak perempuannya dengan kereta mewah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rozita memaklumkan dia bukanlah jenis yang suka menunjuk akan gaya hidup serba mewah.

“Bonda (Rozita) bukan jenis bermewah dengan kenderaan mahal kerana bagi saya, tiada keperluan untuk menunjuk semata-mata mahu membuktikan saya orang kaya atau berjaya.

“Saya hanya suka akan alam sebab tu saya ada resort, itu adalah pelaburan dunia dan akhirat saya. Malah saya juga ada yayasan bonda rozita bantu agama dan kemanusiaan.

Ia bakal saya tinggalkan, namun akan terus berjalan untuk sedekah kepada binatang dan manusia,” ujarnya di Instagram.

Anggap kereta sebagai pelaburan masa depan

Jelasnya lagi, bukanlah satu kesalahan untuk memiliki kereta mewah andai sudah banyak membantu kerja amal.

“Boleh sahaja beli kereta mewah kalau setakat nak merasa sebuah atau tiga buah, tak sekiranya dah banyak buat kerja amal

“Saya bukan suka kereta yang berprestasi tinggi, saya lebih kepada pelaburan dan hartanah jadi saya belikan Ain (anak) kereta Mercedes-Benz.

“Mungkin satu hari nanti Ain mampu miliki Lamborghini harga 3.5 juta, jadikan ia sebagai satu ujian untuk lihat sama ada diri mampu capai atau tidak,” ujarnya.

Pada masa sama Rozita turut menasihatkan anaknya untuk sentiasa naik taraf diri dan perbaharui semangat dan tidak menjadi orang sama sepanjang hidup.

“Orang hebat ni pemikiran dia ibarat roket, suka perubahan diri, suka duit, suka pencapaian dan sentiasa naik taraf semangat dan cita-cita, serta tidak jadi orang sama sampai mati.

Ain pernah cakap dengan saya downgrade diri jika ada pilihan teratas. Dia tak mahu hidup susah dan akan lawan untuk sentiasa berada dalam lingkung dunia korporat,” tambahnya.

Baca juga: Helmet tak sempat cabut, lelaki rela hadir temu duga atas motosikal untuk cari rezeki