Tak sangka keluarga lipas terus keluar, pemilik kereta wajib cuba cara halau serangga ini!

Oleh WAN SITI AMINAH

Pemilik kenderaan khususnya mereka yang tinggal di Asia Tenggara mesti pernah berhadapan dengan situasi panik apabila anak lipas mula ‘berkampung’ dalam kereta anda.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah mengguna penyembur racun serangga, namun haiwan berkenaan nampaknya begitu sukar untuk dihapuskan.

Menyedari kegusaran orang ramai, seorang pengguna Facebook tampil berkongsi satu petua yang berkesan menghalau anak lipas tanpa penggunaan produk kimia.

“Dua hari umpan lipas di dalam kereta. Lumayan jugalah hasilnya. Sebekas ini adalah hasil tangkapan malam tadi. Yang kelmarin punya sudah buang, tetapi banyak jugalah.

“Rasanya perlu buat sekali lagi malam ini. Kalau sembur racun serangga sahaja, tak nampak pula lipas mati. Bila buat cara ini baru tahu banyak rupanya lipas di dalam kereta.

“Boleh kongsikan tips ini biar ramai boleh buat juga. Mari kita tangkap lipas banyak-banyak.” Kata pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Wajihah Derus Bilis Sabah itu.

Bahan-bahan:

  • Susu pekat
  • Air paip
  • Bekas yang sudah tidak digunakan

Cara-cara penyediaan:

1. Bancuhkan susu pekat bersama sedikit air paip di dalam bekas yang sudah tidak digunakan lagi. Jangan lupa pula pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Buatlah sedap-sedap sedikit.

2. Apabila sudah siap, bolehlah letakkan bekas yang berisi bancuhan perangkap lipas ini di dalam kereta anda pada malam hari.

3. Hasilnya boleh mula dilihat pada keesokkan paginya. Sekiranya bancuhan tersebut menjadi, anda akan ternampak banyak anak lipas terperangkap dalam itu.

4. Kongsikan langkah dan hasilnya kepada orang ramai supaya masalah ini boleh terus dibanteras oleh pemilik kenderaan lain.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai terutamanya pemilik kenderaan yanng sudah rimas dengan kehadiran serangga perosak itu.

Baca juga: 30 tahun dibesarkan keluarga angkat miskin, lelaki baru tahu ibu bapa kandung sebenarnya hartawan