Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengejutkan banyak pihak selepas memuat naik tangkap layar perbualan membabitkan bekas suaminya.
Menurut Shuhada, perbualan tidak senonoh Hafidz Roshdi dengan wanita dipercayai orang ketiga di dalam rumah tangganya itu berlaku ketika mereka masih suami isteri.
Malah tangkap layar perbualan itu dikatakan telah dihantar sendiri oleh orang ketiga terbabit untuk membuktikan hubungannya dengan Hafidz Roshdi memang ‘serius’.
“Ini perbualan di antara pelakor (orang ketiga) dan BEKAS SISA SAYA (bekas suami). Untuk pengetahuan, perbualan ini diberikan oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.
“Perbualan ini juga diberikan kepada saya untuk membuktikan bahawa hubungan mereka SANGAT SERIOUS,” kata pemilik nama sebenar Nurul Shuhada Mat Shukri itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Jelas Shuhada, perbualan lucah yang berlaku sekitar Januari, tahun lalu itu menjadi punca mengapa dirinya nekad memfailkan penceraian terhadap pelakon berkenaan.
Wanita berusia 30 tahun itu juga memaklumkan, perbualan tersebut didedahkannya kepada pengetahuan umum berikutan tidak dapat menahan sabar ibunya dimalukan.
“Sudah 18 Bulan saya sabar. Kau yang mulakan dahulu maka sila bincangkan. Saya pegang kata-kata ‘jangan mula dulu Shu, kalau dia sebarkan dahulu barulah kau dedahkan’.
“Oleh disebabkan perbualan mama yang mempertahankan saya pun dimalukan. Jadi silakan menjamu hidangan.
“Jangan jolok sarang tebuan. Kau sentuh aku tidak mengapa. Kalau kau sentuh mak dan anak-anak aku, memang habis. Jumpa dekat mahkamah, Assalamualaikum,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Mengulas lanjut, Shuhada yang kini bergelar personaliti media sosial itu memberitahu bahawa perbalahan di antara mereka dimulakan oleh Hafidz Roshdi terlebih dahulu.
Bersedia melancarkan perang, ibu kepada dua cahaya mata itu mendakwa memiliki bukti audio yang merakam pengakuan bekas suami dengan orang ketiga berkenaan.
“Tak sabar pula nak kongsi semuanya. Kepada you (Hafidz) bersedia, ini bermakna perang. Mahkamah tak mahkamah, letak tepi. Kau yang mula dulu. Beritahu nak mana dulu?
“Kamu semua nak baca perbualan antara pencurang dengan pelakor ataupun nak dengar rakaman suara mereka? Pilih.” Ulas wanita berkenaan yang tidak dapat lagi membendung kemarahannya.
Sekadar info, Shuhada dan Hafidz berkahwin pada 30 April 2016 sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan terbabit dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar yang kini berusia empat tahun.
Pelakon yang mula meraih populariti menerusi drama bersiri, Tundukkan Playboy Itu kemudian menikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu.
Baca juga: Aya Amiruddin redha tak jadi kahwin, dedah dah sebulan ‘single’ selepas dua tahun bertunang