Seorang wanita warganegara Rusia yang menetap di Indonesia mencuri tumpuan ramai berikutan sikap merendah diri yang membuatkan rata-rata kaum adam amat mengaguminya.
Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok Sp Street Story, wanita bernama Daria itu berkata dia tidak kisah berapa pendapatan bulanan seorang lelaki yang bergelar suami.
Apa yang penting katanya, kewangan bakal suami sudah cukup untuk menampung kehidupan selepas berumahtangga.
Ketika ditanya berapa anggaran gaji yang diperlukan seorang lelaki, Daria berkata sekitar 500 Dolar atau bersamaan dengan RM2,353.
“Tak kisah pun berapa yang dia dapat (gaji) setiap bulan asalkan cukup untuk menampung kehidupan keluarga.
“Jadi, jika mereka bergaji sebanyak US$500 pun sudah mencukupi,” katanya.
Tambah Daria, sekiranya lelaki itu mahu mengahwini gadis Rusia, dia perlulah memberikan wang sebanyak 200 dollar (RM942.40) kepada keluarga bakal isteri yang akan digunakan untuk majlis perkahwinan mereka.
“Duit itu akan diberikan kepada keluarga bakal pengantin perempuan tetapi jangan risau, kesemua duit itu akan digunakan untuk majlis perkahwinan.
“Dan untuk majlis itu pula hanyalah untuk keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja dan ia hanya menelan belanja sebanyak 700 dollar (RM3,298.40),” kata Daria.
Hantaran tersebut meraih perhatian rata-rata jejaka dari Malaysia dan sehingga kini, video tersebut meraih lebih 2.2 juta tontonan.
Baca juga: Helmet tak sempat cabut, lelaki rela hadir temu duga atas motosikal untuk cari rezeki