“Flat T20 ke ni?” – Penghantar makanan berang, pemilik siap pasang pagar jeriji berkunci

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau ada berlaku kecurian sekalipun, cukuplah sekadar memasang jeriji berkunci di tingkap dan pintu.

Ini tidak, sudahlah duduk rumah flat, menyusahkan pula penghantar barang bila setiap pemilik memasang jeriji berkunci.

Menerusi TikTok @amir.d.luffy, lelaki yang juga penghantar makanan itu berang apabila sukar ke rumah pelanggan dek kerana laluan pintu besi yang berkunci.

“Payah (susah) betul lah, flat ni semua berkunci. Aku nak pergi sana, masing-masing ada kuncinya, macam mana aku nak hantar.

“Menyusahkan oranglah flat ni,” ujarnya yang berterusan cuba menghubungi pelanggan namun panggilan tak dijawab.

Pengguna tersebut memaklumkan kejadian itu berlaku flat Taman Tun Aminah Johor Bharu.

Rata-rata netizen pelik akan sikap pelanggan yang sukar mengangkat telefon apabila dihubungi penghantar makanan.

“Aku sebagai penghantar makan pun tak faham dengan pelanggan ni. Sediakan terus duit, ini tidak bila sampai baru terhegeh-hegeh cari duit, tiba nak guna pembayaran kod QR pula,” komen pengguna TikTok.

Ada juga yang memintanya melaporkan pada majlis malah ramai berseloroh untuk beli mangga baru biar semua tidak boleh keluar.

“Pergi Mr Diy beli kunci lain bang, kemudia abang kunci juga, biar semua duduk dalam rumah, tak boleh keluar.

“Laporkan sahaja dekat majlis, rumah jenis macam ini memang tak boleh pasang jeriji besi. Pihak majlis boleh saman dan buang pagar tu semua,” antara komen netizen.

Baca juga: Harga cecah RM5,500, netizen geli hati baju butik mewah persis seragam pekerja restoran mamak