“Aku ingat dia berhenti lepas tahu aku ni masih isteri orang, rupanya makin menjadi-jadi…”

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, jagalah batas pergaulan dengan jantina berlainan walaupun sebaik mana sekalipun orang itu.

Walapun pasangan berada jauh, dalam penjara atau bekerja di negeri, pastikan kita menjaga adab sebagai suami atau isteri.

Seorang wanita yang duduk berjauhan dengan suami selepas dia dimasukkan ke Pusat Reintegrasi Penghuni, tidak menyangka akan rapat dengan guru sekolah anaknya.

Di bawah adalah kisah tersebut yang dikongsi menerusi portal luahan perasaan atas talian.

Aku adalah seorang isteri dan mempunyai seorang anak perempuan. Suami masih berada di Pusat Reintegrasi Penghuni di sebuah daerah di negeri yang aku rahsiakan

Hampir tiga tahun aku ditinggalkan untuk mengurus rumah tangga tanpa bantuan suami. Penat? Mestilah, sampai satu tahap aku jalani sahaja ikut aliran masa.

Selama aku ditinggalkan oleh suami, semuanya berjalan keadaan baik. Ujian susah tu mestilah ada, tapi bersyukur cukup, Allah izinkan.

Nak dijadikan cerita, lagi setahun suamiku akan dibebaskan, dan di sinilah bermula ujian sebenar untuk aku, bukan untuk suamiku.

Berhadapan dengan rumah ku, ada jiran ni seorang guru lelaki, bujang dan guru kelas kepada anakku.

Selama dia menyewa, jarang sekali aku menyapa dan boleh dikatakan aku tak pernah ambil peduli pon dan dia juga tidak ambil kisah.

Jiran mula kerap hantar mesej

Aku memang ada nombor telefon dia, sebab pernah jadi guru class anak aku sewaktu darjah dua. Memang setiap guru kelas anak, aku simpan .

Pada suatu hari, masa tu lagi beberapa hari nak raya, tiba-tiba jiran ni ada WhatsApp aku, ayat dia berbunyi, “Kak, malam tadi tiada air ke?”

Dia mesej waktu tengah malam, dan aku sedar mesej tersebut waktu pagi, selepas sahur macam tu.

Aku terkejut dan membalas, ya cikgu, malam tadi tiada air. Tetapi hati kecil aku, ada berasa, cikgu ni mesti nak tanya sesuatu, tapi tak apa, aku biarkan.

Tepat sekali benar, dia ada mesej lagi sekali kepada aku, dia bertanyakan hal suami ku. Aku jujur hal sebenar, aku pun tak tahu kenapa aku menceritakan hal sebenar.

Dia ingat aku ni janda dan kononnya nak berkenalan la. Tapi aku maklum, aku masih isteri orang. Aku ingat hal ini berhenti sampai sini la. Rupanya tidak.

Dia cuba mesej aku banyak kali ajak keluar, lama kelamaan aku pon tergoda la, aku pun keluar dengan dia buat kali pertama pada akhir hari raya.

Aku keluar dalam jam 11.30 malam, anak aku kebetulan tidur dan demam, dan tidak mungkin sedar, itu yang aku berani keluar lewat malam.

Sekejap sahaja aku keluar dengan dia, sejam macam tu, dan kami hanya pusing-pusing area kawasan ini sahaja.

Dijadikan cerita, aku keluar lagi untuk beberapa kali sehingga la ada satu hari tu, dia ajak aku sarapan pagi dan kebetulan anak aku sekolah jadi aku ikut.

Dan disebabkan aku status bini orang, agak susah la untuk makan di luar, maklumlah takut terserempak orang yang mengenali.

Konon nak sarapan sekali

Kami membungkus makanan dan bersarapan rumah masing-masing. Tapi aku dapat mesej, dia ajak sarapan sekali dekat rumah dia

Aku terkejut dan aku menolak, tetapi aku tidak tahu, bila desakan itu bertalu, aku pergi juga. Aku takut, tapi aku pikir tak apa la, makan sahaja pastu balik.

Memang betul la, bila berduaan ni, memang bahaya. Dia cuba mendekati aku, pegang tangan aku, aku tepis, aku cakap jangan.

Tapi aku tidak tahu kenapa aku ikutkan sahaja arahan dia, duduk di sofa, berbual, makin lama makin rapat.

Aku nak balik, dia kata janganlah, diam sahaja, dia cuba mencium aku, pegang, raba aku, aku sangat terkejut dan kecewa.

Memang niat aku hanya sekadar kawan-kawan untuk berborak, itu semua sia-sia.

Setelah berlakunya peristiwa itu, aku sedih, aku kecewa, tapi aku tak mampu nak maki, marah dia sebab aku juga ada salah. Aku yang membuka ruang itu semua.

Selepas kejadian itu, aku tanya dia, tak takut ke, dijawab takut apa apa? Aku jawab balik, abaikan. Tapi aku tidak berpuas hati.

Aku text balik, aku cakap aku tak suka la benda benda macam tu, macam buat aku perempuan murah, jahat. Dan dia menjawab, lupakan ok? Buat macam biasa.

Aku tak boleh terima sebenarnya, tapi dah terjadi kan?Apa aku boleh buat tapi aku tetap terima ajakan dia nak lepak.

Aku pun tak tahulah kena guna-guna ke apa, perasaan nak marah tu tak pernah timbul. Aku tunggu masa sahaja nak sekat nombor dia.

Baca juga: “Sembang bukan main konon gaji ribu riban, sekali nak bayar makan RM140 pun suruh aku”