Suami jumpa mak mentua, nekad pulangkan balik isteri kerana tak pandai masak dan kuat ‘shopping online’

Oleh KIM SYAZIE

Kisah seorang suami dari Indonesia yang memulangkan isterinya kembali ke pangkuan orang tua wanita itu, meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video di TikTok, lelaki tersebut bertindak sebegitu rupa kerana isterinya dikatakan tidak pandai memasak, tidak pandai mencuci baju dan tidak pandai melakukan kerja rumah lainnya.

Walaupun lelaki itu dikhabarkan seorang kaya dan berkemampuan, baginya itu bukan alasan untuk isterinya tidak mahir dalam melakukan kerja rumah. 

Apa yang lebih menyakitkan, wanita tersebut sering melakukan pembelian secara atas talian (online shopping).

“Saya kembalikan kamu kepada ibu kamu ya. Saya menikah dengan kamu tak pandai apa-apa. Tak pandai masak, tak pandai mencuci, tak pandai semuanya.

“Saya menyesal menikah dengan anak ibu, saya sudah habis banyak duit. Dia tak pandai buat apa-apa, cuma pandai berbelanja online. Apa yang saya dapat?” kata lelaki itu.

Lelaki itu juga lantang bersuara dan berkata kepada ibu mentuanya yang tidak mengajar anak perempuannya tentang cara menguruskan rumah seperti memasak, mencuci pinggan dan mengemas rumah.

Ibu mentua lelaki itu memarahinya kerana menyangkakan bahawa anaknya harus diperlakukan seperti orang gaji tetapi lelaki itu meluahkan apa yang terbuku di hati.

Katanya dia teringin untuk merasai air tangan isterinya dan bukan hanya dipersembahkan dengan wajah cantik semata-mata kerana mereka mahu hidup sehingga ke hari tua.

“Dulu kamu tergila-gila dan mencintai dia seadanya tapi apa sekarang ini? Kamu ingat dia pembantu?” kata ibu mentua lelaki itu.

Video itu yang tular tahun lalu meraih 11.4 juta tontonan ketika itu.

Baca juga: Layankan anak ikut ‘trend’, ibu sanggup belikan air & coklat berharga cecah RM150!