Risau hanyir dan mudah pecah? Ini petua nak masak telur ikan, ‘confirm’ menjadi

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi peminat telu ikan mesti tahu betapa sedapnya ia dimasak kari, boleh bertambah nasi walaupun tengah tak lalu makan.

Tapi ramai yang tak suka masak ia di rumah kerana telur ikan cepat pecah, kadang kalau bau hanyir pula terlalu kuat.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Syed Mohd Nazli Jamalullail menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

“Ini adalah petua nak masak telur ikan supaya ia tidak hanyir dan tidak pecah di dalam masakan,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

  • Cuci telur ikan dengan air asam jawa.
  • Rendam telur ikan lebih kurang 30 minit dengan satu sudu teh kapur.
  • Kemudian celur di dalam air yang menggelegak, bila dah kenyal telur ikan itu barulah dimasukkan ke dalam kuah masakan.
  • Cara yang lebih mudah, telur ikan itu boleh dikukus sahaja.

Sebolehnya elakkan terus memasukkan telur ikan kedalam masakan tanpa proses di atas.

Ini adalah kerana kuah masakan pasti menjadi pekat telur ikan itu akan pecah di dalamnya dan sudah pasti ianya berbau hanyir.

Untuk perhatian, telur ikan yang masih bersarung itu lebih sedap dimakan bersama sarungnya.

Dalam pada itu, netizen turut berkongsi tips agar tak masak dalam tempoh yang lama kerana bimbang telur ikan akan menjadi keras.

“Boleh basuh bagi bersih sebelum celur dalam air mendidih dalam 30 minit dan masukkan sepenuh dalam api sederhana, jangan lama sangat nanti keras dah tak sedap.

“Baru tahu cara betul, sebelum ni buat asam pedas telur ikan, kuah jadi pekat dan bau hanyir, rupanya sebab telur tu”, antara komen netizen.

Baca juga: Baru tahu ada cara nak elak sotong mengecut ketika dimasak, hanya perlu 1 bahan sahaja!