Sebelum ini penyanyi Datuk Jamal Abdillah pada awalnya tidak mahu anak selepas isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin melahirkan anak keempat secara pembedahan.
Namun sudah namanya rezeki, maka sukar untuk Raja Pop itu menolak dan menganggap ia adalah satu kegembiraan buatnya.
Menurut Harian Metro, Jamal sedar akan komen negatif yang diterimanya namun mengambil langkah tidak peduli.
“Saya sedar banyak komen-komen negatif dilemparkan terhadap saya berkenaan perkara ini. Tapi saya ambil pendekatan tidak pedulikan kata-kata mereka di media sosial.
“Tak dinafikan memang saya pernah keluarkan kenyataan tak nak tambah anak lagi lepas kehadiran anak keempat (bongsu) lebih setahun lalu.
“Kadang-kadang kita tak boleh rancang perkara seperti ini kerana semua ini ketentuan Allah dan inilah yang dinamakan rezeki.
“Ada orang berusaha macam mana sekali pun tapi kalau bukan rezeki takkan jadi juga,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama, Jamal memaklumkan dia dan isteri sudah mendapatkan nasihat doktor disebabkan anak sebelum ini dilahirkan secara pembedahan.
“Saya serahkan kepada isteri sama ada masih sanggup untuk mengandung lagi selepas ini.
“Kami dah rujuk pada doktor pakar mengenai keselamatan isteri untuk bersalin melalui kaedah pembedahan buat kali kelima.
“Jadi kami kena fikirkan faktor keselamatan isteri apakah masih boleh mengandung lagi kerana sudah lima kali dibedah.
“Saya tak boleh fikir pasal diri sendiri saja tapi kena fikirkan juga kemampuan isteri,” katanya.
Dalam pada itu Jamal menganggap kehidupan berkeluarga adalah satu perkara menyeronokkan dan ia adalah satu terapi buatnya.
Jelasnya, anak-anak adalah satu hiburan dan segala penat lelah hilang selepas bertemu mereka di rumah.
“Lagipun saya bukan jenis yang suka keluar rumah, habis kerja saya terus pulang dan bila sehari tak jumpa mereka memang rasa rindu.
“Jadi sampai saja ke rumah, saya akan cium dan akan tidur bersama anak,” tambahnya.
Baca juga: Rider tak sampai hati terima tip RM500 dari makcik tua, ambil keputusan pulangkan semula
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio