Sudah hidup susah senang, wanita ditinggalkan suami saat hamil anak ketiga untuk janda muda

Oleh MAISARAH AISYA

Pedihnya hati seorang isteri saat sedang penat mengandungkan zuriat, si suami dengan senang lenang mencari janda lain untuk dijadikan teman.

Seorang wanita menerusi hantaran di Instagram meminta suaminya yang sudah sekian lama menyekatnya untuk tampil.

Jelas wanita itu sejak awal kehamilan lagi, dia hanya boleh menghubungi suaminya melalui pekerjanya, waktu untuk anak isteri juga disingkatkan demi penyondol.

“Pekerja dia siap maklum dia hadir bekerja ditemani wanita tersebut setiap hari, sosial media penuh dengan momen bahagia mereka.

“Sedangkan saya berkorban dan melahirkan anak secara pembedahan, tak pernah sekali pun dia bertanya keadaan saya.

“Sebenci itukah dia kepada saya yang sudah bertarung melahirkan tiga anaknya demi isteri baru hingga sanggup menjandakan isteri sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama wanita tersebut berkongsi sudah bersama dengan suaminya sejak berusia 18 tahun lagi dan hanya berubah selepas berkenalan dengan isteri baru.

“Dulu dia sanggup tolak tawaran buat kerja di luar negeri kerana tidak mahu jauh dengan anak-anak, jenis orang yang kuat berniaga dan bekerja.

“Sekarang dia berubah sepenuhnya, mungkin saya kena banyak belajar dengan janda muda. Katanya saya kena belajar biar suami tak kurus macam dulu,” tambahnya.

Rata-rata netizen turut bersimpati apabila melihat di media sosial lelaki tersebut terlihat bahagia sedangkan wanita yang juga ibu kepada anak-anaknya menderita.

Baca juga: Baru tahu 7 makanan & minuman ini boleh sebabkan ‘mabuk Durian’, mudarat jika ambil sekali!