Bab kebersihan makanan ini peniaga tidak boleh buat main, ia boleh menyebabkan kematian apatah lagi melibatkan haiwan perosak.
Tapi banyak peniaga tidak kira negara mana ambil senang akan isu kebersihan padahal ia boleh menyebabkan keracunan makanan.
Tular satu klip pendek di X, pelajar kolej merakam aksi tikus yang sedang berenang dalam periuk besar berisi makanan berlauk.
Menurut NDTV, kejadian itu dirakam oleh seorang pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan (JNTUH) Sultanpur di negeri Telangana, India baru-baru ini.
Rupanya makanan tersebut disediakan buat pelajar yang tinggal di asrama dan perakam mendakwa bahawa kakitangan tidak menjaga kebersihan dan keselamatan makanan dengan baik.
Rata-rata, netizen berang dengan sikap petugas yang jelas tidak mengikuti prosedur penyediaan makanan yang sewajarnya.
“Sukar dipercayai dan tidak boleh diterima sama sekali. Pertama, kami menemui serangga dalam makanan dan kini seekor tikus, walaupun pemeriksaan telah dilakukan
“Keadaan ini bukan baharu di JNTU Sultanpur.
“Bermula pada 2016 hingga 2020, hampir setiap hari kami terpaksa berdebat dengan pihak pengurusan kerana menyediakan makanan tidak berkualiti kepada kami.
“Kalau nampak depan mata ni mahu trauma sebulan,” antara komen netizen.
Baca juga: Halau remaja usia 13 tahun dan biar tidur di koridor rumah, ibu bapa akhirnya ditahan polis