Dalam perkahwinan ini tak salah jika isteri sanggup membantu meringankan tugas suami tapi janganlah letak sepenuhnya tanggungjawab mencari rezeki kepada pasangan sahaja.
Apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang memerlukan keduanya untuk bekerja agar dapat menampung kehidupan keluarga bila tinggal di kawasan bandar.
Seorang wanita meluahkan rasa penat apabila terpaksa menanggung keluarga dengan gajinya yang tak seberapa selepas suami gagal mencari rezeki sendiri.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.
Aku sayang sangat dekat suami aku. Cuma aku penat, selama empat tahun kahwin ni boleh kira berapa kali je suami aku bayar sewa rumah.
Segala barangan dapur apatah lagi nafkah aku dan anak memang sudah lama aku menanggung semua.
Aku penat sangat sebab kena tanggung semua ni. Aku tak nak berfikir ke arah penceraian sebab aku sayang dia, dia baik dari semua aspek cuma bab mencari rezeki.
Suami aku nicepat sangat nak berputus asa, tak bersungguh. Bagi dia, kalau ada rezeki adalah. Terkadang sampai aku terfikir, adakah dia jadi macam tu sebab aku bekerja.
Tapi aku pernah juga tak bekerja selama beberapa bulan, tetap juga aku yang kena fikir semua tu. Kena cari jalan penyelesaian untuk bayar semuanya.
Bulan ni aku teruk sangat. Gaji aku bersih hanya RM2.6k, bayar segala hutang-hutang dan beli barang keperluan dapur dan anak, bayar pengasuh anak dah habis licin.
Tinggal sewa rumah aku masih belum dapat bayar. Suami aku kata, dia akan usahakan secepatnya tapi harini dah 9 Julai.
Speedhome dah mula call-call. Pemilik pun dah WhatsApp tanya. Aku penat, sewa pun atas nama aku.
Ya, aku guna aplikasi tu sebab aku terdesak cari rumah sewa di Kuala Lumpur sebab dapat kerja di kawasan sini. Syarikat panggil minta kena masuk awal seminggu.
Ikutkan aku kena pergi training dekat Singapura tapi disebabkan aku tak mampu nak perbaharui passport, aku tak pergi.
Syarikat hantar staf dari sana untuk training aku di KL. Alhamdulillah aku bersyukur sebab dapat majikan yang baik.
Suami baik, tapi bab duit je kurang
Berbalik kepada suami aku, dia baik sangat. Pandai jaga hati aku, anak pun dia pandai uruskan tapi tetap aku hantar pengasuh sebab aku risau makan minum anak aku.
Alhamdulillah sangat Allah kurniakan aku suami yang baik. Cuma bab duit sahaja yang dia kurang. Adakah Allah belum tetapkan rezeki untuk kami lagi.
Aku hanya perlu teruskan berdoa dan bersyukur sahaja dengan apa yang jadi sekarang ni. Aku buntu, aku nak marah tapi aku tak tahu nak marahkan apa.
Aku nak sedih, tapi berbaloi ke untuk bersedih?
Sekarang ni aku hanya fikirkan mana nak cari duit sewa rumah RM1,600. Ya aku tahu sewa itu mahal, tapi itu je yang ada masa tu dan kontrak setahun.
Baca juga: “Suami kalau memancing beribu habis, tetapi nak beli barang dapur siap tarik muka”