Ejen insuran siap buat ‘content’ ragam pelanggan tak melayan, netizen persoal mana dapat nombor

Oleh MALAYSIADATELINE

Setiap bulan pasti ada sahaja nombor tak dikenali menghubungi, selalunya pihak insuran yang cuba untuk menjual produk mereka.

Tapi hingga kini belum terjawab bagaimana mereka ini mendapatkan nombor pelanggan, walaupun ditolak hari ini, esok akan ada yang lain menghubungi.

Tular di laman X mengenai seorang penjual insurans yang berkongsi alasan diberikan pelanggan untuk tidak meneruskan panggilan.

Lelaki tersebut dilihat mempunyai kertas penuh dengan maklumat sambil merakam dirinya bercakap dengan pelangganuntuk membuat tinjauan.

Dilihat rata-rata yang menjawab panggilan memaklumkan mereka sibuk bekerja atau sedang melakukan perkara lain malah dia sempat melabel seorang pengguna sebagai gagap.

Video tersebut dilihat menaikkan kemarahan orang ramai yang sering diganggu ketika mereka sedang fokus melakukan kerja.

“Tak perlu perli orang gagap ke apa. Kau kacau orang lepas tu buat content macam ni. Adab mana?

“Masa orang kerjalah kau nak sibuk buat panggilan, bila kata tak ada masa, sibuk nak suruh luangkan 5 minit dengan kau.

“Makin bertambah menjengkelkan dengan ejen takaful yang buat panggilan secara rawak ni,” antara komen pengguna X

Ada juga yang mempersoal dari mana ejen insuran mengambil data pelanggan dan orang ramai.

“Macam mana boleh dapat nombor? Seminggu sebelum Raya Puasa hari tu, ejen insuran insurance kemain eh call aku sehari nak dekat lima ke enam kali. Lepas Raya terus senyap.

Punca macam ni sebab penyalah gunaan data. Tiba-tiba kau boleh dapat data dan nombor telefon. Sedangkan singgah kat booth pun tak pernah, tu yang orang malas nak layan.

“Kenapa senang sangat ejen takaful ni dapat database nombor telefon orang ramai,” antara komen netizen yang lain.

Baca juga: Pihak berkuasa bongkar tempat tinggal PATI, hidup ‘selesa’ sewa apartmen lebih RM2,000 sebulan di KL