Macam-macam ragam para suami yang sering ke luar negara tanpa maklumkan isteri terlebih dahulu.
Sampai ada yang sanggup gam pasport supaya tak kantoi pernah ke Thailand beberapa kali.
Menurut portal Deccan Herald, seorang lelaki dari India ditahan perkhidmatan imigresen selepas 12 muka surat pasport miliknya digam.
Pasport tersebut digam dipercayai untuk menyembunyikan rekod penerbangan ke Thailand daripada pengetahuan isterinya.
Akhbar Times of India melaporkan penumpang yang bekerja sebagai pengendali perniagaan logistik itu kemudian ditahan polis.
Tushar Pawar dilaporkan melakukan perbuatan tersebut bagi mengelakkannya bergaduh dengan isterinya kerana dia pergi ke Bangkok.
Lelaki yang berusia 33 tahun itu tinggal di Sattara dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabanhgsa Mumbai sebelum menaiki penerbangan ke Thailand.
“Pawar hendak menaiki penerbangan ke Thailand bersama pelanggannya ketika dia ditahan,” kata seorang pegawai polis.
Jelas pegawai polis itu, Pawar pernah ke Bangkok dan Thailand pada tahun 2023 dan terbang ke sana tanpa pengetahuan si isteri.
Pawar bagaimanapun gagal memberikan penjelasan akan keadaan pasport tersebut dan akhirnya mengaku berbuat demikian kerana bimbang dimarahi isteri.
Baca juga: Letih tunggu dapat kerja, graduan cetak resume pada T-shirt dengan harapan bakal majikan nampak