Sebelum ini Thailand membenarkan pengambilan ganja pada tahun 2022 yang dikatakan berpotensi menguntungkan untuk ekonomi pelancongan.
Namun pada awal tahun, kerajaan Thailand sebelum ini telah mengundurkan diri dan larangan baharu dijangka akan berlaku.
Disebabkan itu sepasang aktivis Thai pada Selasa berikrar untuk meneruskan mogok lapar sehingga kerajaan memikirkan semula rancangan untuk mengharamkan semula narkotik itu.
Dua lelaki tersebut, Akradej Chakjinda dan Prasitchai Nunuan dikatakan tidak makan apa-apa selagi keputusan tidak berubah dan hanya bergantung kepada mineral dan air kelapa.
Mereka dikatakan telah berkampung di luar kediaman perdana menteri sudah memasuki hari keenam sambil menggesa kerajaan memikirkan semula rancangan itu.
Menurut AFP, Prasitchai mempersoal mengapa rokok dan alkohol masih dibenarkan tapi tidak ganja.
“Mengapa kerajaan membenarkan alkohol dan rokok wujud dalam masyarakat, tetapi tidak ganja,” kata Prasitchai
Rakannya, Akaradej, memaklumkan kerajaan tidak menggunakan sains semasa membuat dasar mengenai penggunaan ganja.
Thailand pernah terkenal dengan undang-undang antiganja yang keras dan mereka yang didapati menggunakan ganja boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Aktivis proganja telah mengadakan bantahan di seluruh negara terhadap larangan yang akan berlaku
Tetapi kempen mereka hanya menarik minat segelintir individu saja, dengan banyak acara dihadiri hanya berpuluh-puluh peserta.
Baca juga: Takut kantoi dengan isteri sebab pergi Thailand, lelaki ditahan pegawai imigresen lepas gam pasport