Semut dalam bekas gula? Letak 3 bahan ni ‘confirm’ tak masuk dah

Oleh MAISARAH AISYA

Kadang-kadang dah tutup rapat bekas pun masih ada semut yang lepas untuk masuk dalam gula.

Tahu-tahu dah penuh, langkah paling cepat buat sahaja air gula tapi sayanglah ada juga nak letak dalam masakan.

Ikuti perkongsian pengguna Lemon8, Shafiqah Amira yang hanya menggunakan tiga jenis rempah yang senang ditemui dalam kabinet di dapur.

Tip halau semut dari bekas gula

Bahan-bahan:

  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Kulit kayu manis

Cara-caranya:

  1. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis dalam bekas gula.
  2. Kalau semut dah masuk dalam bekas gula, boleh masukkan ketiga-tiga benda ini dan biar terbuka. Nanti semut akan lari keluar kerana ia tak suka bau-bau yang kuat ini.
  3. Kalau semut ada di atas permukaan lantai atau dapur boleh tabur bunga cengkih.

Pada masa pastikan bekas gula sentiasa bersih dan kering serta cepat-cepat bersihkan gula yang tertumpah.

Tutup bekas gula seketat yang boleh untuk menyukarkan semut untuk masuk, boleh juga guna getah besar di sekitar penutup.

Ini pula dikongsi pengguna Lemon8, Puan Syuhaida yang juga menggunakan barangan yang sentiasa ada di dapur.

1. Cili keping

Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula yang dibanjiri semut , tutup ala kadar untuk bolehkan semut keluar.

Nak gunting dua pun boleh, tak tinggalkan rasa pedas pun.

2. Asam Keping

Masukkan beberapa keping asam gelugur. Jangan risau asam keping pun tak akan buat gula korang berubah rasa tau.

3. Pisau

Bunyi agak pelik. Tetapi petua ini telah ramai yang guna pakai dan berjaya halau semut.

4. Jemur bawah matahari

Untuk jumlah yang besar boleh gunakan kaedah jemur bawah matahari.

Ini kerana semut tidak suka panas. Sama juga dengan petua letak bekas gula tepi dapur gas.

5. Letak dalam peti

Ini cara paling selamat tetapi akan menambah sarat peti ais.

Baca juga: Wanita bengang restoran makanan segera bagi burger dengan timun semata-mata, melayang RM29!