Tular satu video di sosial, beberapa pasang selipar Jepun yang sinonim dengan rakyat Malaysia sebagai “selipar tandas”, dijual dengan harga mencecah ribuan ringgit di negara Arab Saudi.
Selipar itu yang benar-benar mirip dengan “selipar Jepun” di Malaysia, dijual sebuah butik kasut dan dipamer di bawah balang kaca.
Selipar yang disebut sebagai ‘trendy sandals’ dijual pada harga 4,500 riyals atau RM5,720.
Nampak seperti selipar biasa namun beberapa ciri ditekankan oleh jurujual untuk menunjukkan kualiti sandal tersebut setanding dengan harga yang dijual.
Contohnya, ukiran pada tapak selipar itu berbentuk lingkaran membulat seperti cap jari, selain tapak pada sandal yang lembut membuatkan ia lebih elastik dan selesa dipakai.
Mungkin ia keluaran jenama terkenal membuatkan harganya jauh lebih mahal berbanding selipar yang dijual di Malaysia walaupun rupanya seakan-akan ‘selipar tandas’.
Video sandal tersebut dikongsikan seorang netizen dari India yang mengatakan di negara mereka, selipar itu digunakan sebagai selipar tandas.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen dari negara tersebut juga terhibur selain berseloroh mahu menjual capal mereka.
Baca juga: Siapa Pau Marti Vicente? Ini fakta yang perlu anda tahu tentang pengganti Kim Pan Gon