modus operandi scammer sudah banyak bertukar, kini mereka tidak lagi menyamar sebagai pegawai kastam.
Terbaru, scammer menggunakan taktik pautan keluar laman web jual beli barang terpakai tempatan terkenal.
Menurut Sinar Harian, Sarina Mohd Somterkejut apabila mendapati RM3, 373 duitnya lesap dari akaun bank.
Kejadian itu dikatakan berlaku sangat pantas selepas dia menekan satu pautan menerusi e-mel yang kononnya dihantar oleh laman sesawang tersebut.
“Saya reda dengan apa yang berlaku, mungkin ada pihak yang lihat saya cuai namun kejadian itu tidak dapat dijangka kerana e-mel tersebut diterima seakan daripada laman web jual beli tempatan terkenal berkenaan.
“Saya yakin scammer licik menggodam laman web tersebut dan bank bagi memperdaya saya sebagai penjual.
“Urus niaga ini bukan pertama kali, saya dan anak sulung selalu guna untuk menjual barangan terpakai,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Jelas wanita itu dia pada mulanya mendapat e-mel mengenai barangan yang dijuak sudah ada pembelinya.
Tidak mengetahui ia adalah scam, wanita itu dikehendaki menekan pautan yang diberi dan memilih bank untuk proses urus niaga.
“Saya masukkan nama bank dan nombor akaun, anak saya cuba log masuk namun tidak berjaya.
“Tidak sampai satu saat, saya mendapat notifikasi ‘Transaksi telah dibuat ke akaun ketiga’ tanpa menerima sebarang nombor TAC atau makluman lain.
“Apabila membuat semakan baki dalam akaun bank hanya RM100 yang ada. Pembeli lesap sudah tidak dapat dihubungi dan saya telah disekat.
“Saya terus ke balai polis untuk buat laporan, dan hubungi bank untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Pada masa sama, Sabrina menasihati orang ramai untuk tidak cepat menekan pautan yang mencurigakan terutamanya melibatkan bank.
Baca juga: Netizen terhibur Arab Saudi jual ‘selipar Jepun’ RM5,720, siap pamer bawah kotak kaca
“Hati-hati, scammer semakin licik, pelbagai cara dan kaedah mereka gunakan untuk sedut duit kita. Tidak lagi dengan cara menghubungi menyamar sebagai pihak berkuasa, tetapi lebih bijak dalam keadaan tidak disangka,” katanya.