Bagi mereka yang sering menggunakan tepung gandum mesti pernah terbeli yang sudah berketul walaupun belum tamat tempoh.
Walaupun plastik baru sahaja dibuka, ini adalah disebabkan faktor cuaca di Malaysia mempunyai kadar kelembapan yang tinggi.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Norulrafidah Omar menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni… (MAHN) Tentang cara menjadikan tepung halus semula.
“Orang dulu-dulu sukar jemur tepung agar ia setiasa dalam keadaan baik, tapi zaman sekarang budak muda dah tak buat benda tu.
Tip tepung berketul jadi halus semula
- Keluarkan tepung dan letakkan di dalam dulang pembakar atau loyang.
- Keringkan tepung dengan kaedah memasukkan ia ke dalam ketuhar dengan suhu yang paling rendah selama 10 minit.
- Ulang proses kedua sebanyak dua atau tiga kali mengikut kondisi tepung.
- Bagi mengetagui sama ada tepung sudah okay, aduk dengan sudu atau senduk dan dapat dirasai tepung sudah menjadi lebih ringan.
- Keluarkan tepung yang sudah kering, ayak supaya mendapatkan tepung yang licin dan tidak bergentel lagi.
- Pastikan suhu tepung yang siap di ayak atau di tapis dengan suhu bilik sebelum di simpan.
- Setelah tepung benar2 sejuk /atau berada dalam suhu bilik , maka bolehlah di simpan ke dalam bekas penyimpanan Dan tutup serapatnya.
Selamat mencuba!
Jika tidak mempunyai ketuhar maka boleh juga disangai atas api cuma perlu berjaga-jaga, bimbang hangit.
“Boleh juga disangai. Cuma proses sangai tepung akan kena dasar kuali yang dekat dengan api.
“Jadi bagi yang nak guna kaedah ini perlu sentiasa kacau supaya tiada bahagian tepung yang hangit. Hasilnya sama juga,” komen Norulrafidah.
Baca juga: Semut dalam bekas gula? Letak 3 bahan ni ‘confirm’ tak masuk dah