Penat melahirkan, jaga pula anak, kemudian dikurniakan pasangan yang tak reti langsung membantu.
Siapa sahaja tak penat, lahirkan anak buatnya tapi langsung tak laksana tanggungjawab sebagai seorang suami.
Seorang wanita akui lelah akan sikap suami yang lebih rela bermain permainan video daripada membantunya menjaga anak.
Di bawah adalah kisah tersebut.
Saya ni seorang isteri dan mempunyai dua orang anak yang berumur empat tahun dan dua tahun lima bulan. Suami saya seorang kaki game.
Ya memang kebanyakan orang cakap elok kaki game daripada kaki perempuan, tapi apa guna kahwin kalau satu benda pun tak ada nak tolong saya.
Saya ni dah masuk lima tahun berumah tangga tapi hidup macam tu tak berubah-rubah. Dah la tinggal dengan mak mentua.
Suami saya ni susah nak cakap dia kalau kerja nak ikut kepala dia. Kadang2-kadang kerja kadang cuti.
Suami saya sekarang kerja swasta bahagian sale, dia kalau pergi kerja ikut mood dia. Dia banyak kali kena buang kerja. Dia langsung tak ada usaha nk tmbah pendapatan.
Malam pula dia akan keluar lepak dengan kawan-kawan dia main permainan atas talian. Kalau dia ade dekat rumah dia akan bangun pukul 1 petang.
Sayalah yang tunggang-langgang dengan anak-anak yang masih kecil tu. Kalau saya kejutkan dia bangun pagi dia akan menengking kat saya kata dia penat.
Saya ni jenis malas nak cari gaduh. kalau saya sebut pasal dia pergi melepak balik pukul 3-4 pagi dia akan mengamuk macam orang gila.
Anak-anak yang jadi mangsa, dari pagi sampai malam saya yang uruskan. Sampailah baru-baru ni saya sedar saya mengandung lagi.
Saya rasa nak gugurkan kandungan, dah penat dengan perangai suami yang tak pernah nak berubah.
Duduk dengan mentua ni dia tak peduli pasal anak lelaki dia, yang penting makanan dia kena ada siap atas meja lepas dia balik kerja.
Saya ni ibarat orang gaji, ada suami pun tak guna, mentua pula manjakan anak sampai ke sudah.
Baca juga: “Dengan aku bagi alasan tak ada masa tapi sibuk nak dengar masalah perempuan lain…”