Seorang remaja berusia 17 tahun berdepan dengan trauma selepas diliwat oleh lelaki yang menyamar menjadi wanita dikenalinya menerusi satu aplikasi atas talian.
Difahamkan sebelum kejadian berlaku, remaja itu berhubung dengan seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Ajeng di sebuah aplikasi perbualan iaitu MiChat.
Remaja lelaki berkenaan kemudian menempah khidmat seks daripada Ajeng sebelum ‘wanita’ itu mengajaknya berjumpa di sebuah kediaman di daerah Kediri, Indonesia.
Pada hari kejadian iaitu 12 Julai lalu, mangsa telah dijemput oleh seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai rakan Ajeng dan menghantarkannya ke kediaman tersebut.
Sebaik tiba di kediaman tersebut, mangsa yang masih belum sedar bahawa Ajeng itu sebenarnya adalah seorang lelaki telah diajak untuk berjalan masuk ke sebuah bilik.
Mangsa lalu diajak untuk melakukan hubungan intim dalam bilik tersebut dan ketika itu, barulah remaja berkenaan mengetahui jantina sebenar Ajeng, lapor Detik Jatim.
Malang tidak berbau, remaja yang merayu mahu pulang ke rumah itu gagal berbuat sedemikian selepas diancam oleh ‘wanita jadian’ berkenaan dengan sebuah gunting.
Salah satu anggota tangan milik remaja berkenaan turut digari oleh pelaku sebelum dijadikan sebagai sasaran atau tempat pelampiasan nafsu dengan diliwat beberapa kali.
Untungnya nasib masih menyebelahi remaja terbabit apabila berjaya menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika pelaku berkenaan sedang leka.
Mangsa yang berjaya diselamatkan itu ditemani oleh ibu bapanya membuat laporan dan pihak polis juga berjaya memberkas pelaku iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun.
Ketua Polis Daerah Kediri, AKP Fauzy Pratama berkata, pelaku iaitu Raymond Peter Pane turut mengakui bahawa dirinya adalah anggota polis yang sedang menyamar.
Pelaku mendakwa sedang menyiasat mangsa yang dikatakan pengedar wang palsu di Kampung Inggris Pare, Kediri yang terletak di wilayah Jawa Timur Indonesia itu.
Pihak polis turut merampas barang bukti digunakan pelaku iaitu satu persalinan gaun labuh berwarna kuning, rambut palsu, telefon bimbit, sebuah motosikal, gari beserta kunci dan gunting,
“Pelaku dikenakan tindakan mengikut Pasal 82 ayat (1) Jo Pasal 76 E UU No. 35 Tahun 2014 (Pindaan) atas UU No. 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak.” Jelas Fauzy.
Baca juga: Kecoh tiupan angin dikaitkan dengan roh arwah Nur Farah, pendakwah tegur masyarakat jaga akidah